728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 28 March 2017

    Sedekah Untuk Apa Sebenarnya?




    Agama islam menggalakkan kita bersedekah. Banyak caranya untuk bersedekah, sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit.

    Sering kali bila disebut tentang sedekah pasti ayat ini akan sentiasa didengari, “Nak kaya perlu sedekah”. Istilah kaya ini pasti membuatkan orang ramai mula berfikir ‘kaya’ itu dari segi duit atau wang ringgit. ‘Kaya’ yang dimasudkan adalah untuk mendapat pahala.

    Seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah berkongsi cerita tentang bersedekah. Ramai yang tersalah anggap bahawa sedekah itu akan menjanjikan kekayaan. Itulah adalah salah sebenarnya, sedekah adalah untuk mencari redha Allah.

    “Korang lepas sedekah saja 2-3 hari lepas itu orang bagi duit, orang yang dah lama tak bayar hutang, tetiba datang bayar hutang la, tetiba korang dapat tempahan yang banyak. Kadang aku tertanya-tanya kenapa bila aku bersedekah, aku tak dapat macam korang. Tapi dalam aku cemburu, aku tetap rasa syukur dengan apa yang aku ada saat ini. Jadi, biar aku ceritakan tentang kisah sedekah aku.

    “Aku ini nak sedekah ikut mood, tapi agak kerap. Cara sedekah aku pun macam-macam cara. Bukan riak sebab korang bukan kenal aku pun. Kebanyakannya aku lebih banyak sedekah makanan berbanding duit. Aku suka masak banyak-banyak. Kadang bagi jiran, kadang bagi kawan sekerja makan. Ada jugak kalau ada rezeki aku lebih, aku tempah makanan hantar kat rumah anak yatim yang sedikit bilangan penghuni. Aku mampu setakat tu je la.

    “Adakala juga bila aku beli sarapan pagi kat gerai, aku tak ambil baki. Kesian makcik jual nasi lemak asyik jerit-jerit panggil aku suruh ambil baki. Selagi aku tak cakap aku sedekah, selagi itu la dia dok panggil. Sedekah duit ini pun ikut aku jugak. Kadang dalam dompet aku ada RM5, RM5 tu jugak aku bagi kat orang. Lepas tu aku pergi tekan balik kat mesin atm.

    “Kadang dalam dompet aku ada RM100 termasuk duit kecil pun, aku buat tak peduli saja bila orang datang ketuk cermin kereta aku mintak duit. Sebab pada aku orang yang datang mintak itu muda lagi. Kenapa perlu meminta-minta. Aku sedekah pun tak menentu. Kadang aku bagi RM2 saja, dan pernah juga aku sedekah cecah nilai ratus.

    “Sikap aku kalau nak sedekah aku memang malu kalau orang nampak. Aku pun tak tahu kenapa aku kalau bole tak nak orang tahu aku ada bagi sedekah. Kalau kebetulan kat tempat awam, aku akan lipat kecik-kecik duit tu supaya orang tak nampak berapa nilai aku sedekah.

    “Pada aku sedekah ni tak perlu orang lain tahu pun. Tapi kalau niat korang supaya nak galakkan orang lain pun ikut bersedekah, takda masalah. Sebab tu aku lebih suka letak duit awal-awal dalam sampul sebelum keluar pergi pasar malam atau pasar tani.

    “Hidup aku kaya ke bila kerap bersedekah? Kalau kaya harta yang ditanya, memang tidak lah. Kadang-kadang aku rasa sempit jugak. Aku masih pakai kereta lama. Hidup masih menyewa. Hujung bulan aku makan jugak maggi, biskut kering, nasi dengan telur.

    “Anak-anak aku saja makan sedap tak sampai hati kot aku nak tengok anak aku makan macam aku. Takpa dia orang makan ayam, makan ikan. Aku makan nasi dengan telur pun dah kenyang. Rezeki jugak itu kan?

    “Apa yang membuatkan aku mula faham dengan konsep sedekah? Bila aku terdengar satu tazkirah dari seorang ustaz. Kata ustaz tu, bila bersedekah antara yang kita akan dapat ialah ketenangan, kecukupan. Ini betul. Walaupun aku tak pernah dapat ‘duit terpijak’ atau apa-apa lah seperti durian runtuh, aku rasa apa yang aku ada ni serba cukup.

    “Aku ada tempat berlindung walaupun rumah kosong tanpa perabot dan hanya menyewa, aku masih ada rezeki untuk makan anak beranak walaupun disaat hujung bulan kadang-kadang rasa semput jugak. Aku masih lagi boleh beli pakaian kat anak-anak walaupun kadang-kadang aku beli yang preloved atau beli di pasar malam saja. Ada masa kereta aku buat hal, melayang juga 3, 4 ratus sampai aku fikir apa la aku dengan anak-anak nak makan tengah-tengah bulan nanti. Alhamdulillah gaji aku masih ‘ngam-ngam’ sampai gaji berikutnya.

    “Cuma aku kena puasa la berselang seli. Pada aku kehidupan aku masih berjalan lancar. Sewa rumah, duit kereta, bil-bil aku masih mampu bayar tanpa tunggakkan. Aku dikelilingi orang-orang yang tak mendatangkan masalah pada aku. Pekerja seliaan aku pun sentiasa bagi komitmen yang baik setiap kali aku bertugas. Kawan-kawan, jiran-jiran, bos-bos pun baik-baik. Aku rasa tenang. Hidup aku lancar, Alhamdulillah. Dari situ aku faham tentang hikmah bersedekah.

    “Pada aku dah terlalu banyak status kawan-kawan aku atau quote bahawa nak kaya perlu sedekah. Kenyataan ini pada aku kurang tepat, aku salah satu contohnya. Sampai sekarang tak kaya atau boleh jadi korang tukar sikit ayat, nak kaya pahala kena sedekah. Ini baru betul. Berapa banyak pahala yang Allah janjikan kalau kita bersedekah.

    “Sebab pada aku sedekah tak menjanjikan kita kaya harta atau duit. Tapi menjanjikan kita serba cukup. Serba cukup ni pula datang sekali dengan pekej rasa syukur. Kalau Allah bagi kita nikmat selepas bersedekah pun, kalau kita tak bersyukur, tak cukup juga kan,” tulis Aisyah.

    Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya.

    Oleh itu, Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sedekah Untuk Apa Sebenarnya? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top