Sekiranya sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa ‘fresh grad’ pada zaman sekarang lebih gemar membeli kenderaan berjenama import seperti Toyota Vios dan Honda City berbanding dengan jenama kenderaan keluaran tempatan seperti Proton dan Perodua meskipun perbezaan harga yang perlu dibayar adalah sangat besar dan memakan lebih dari 1/3 daripada jumlah pendapatan bulanan mereka.
Memetik laporan daripada portal automotif Paultan.org hari ini yang mendedahkan lebih 70% graduan universiti tempatan lebih gemar untuk membeli kenderaan import berbanding jenama tempatan kerana beranggapan produk import ini lebih berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki sekiranya dibandingkan dengan jenama seperti Proton.
Menurut Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa berkata, daripada jumlah tersebut tidak sampai 10% sahaja daripada jumlah graduan tempatan yang memilih untuk memiliki kenderaan jenama Proton sebagai kenderaan pertama mereka.
Selain itu, majoriti ‘fresh graduate’ yang bekerja dimana terdiri daripada lepasan diploma ke atas dan majoritinya juga yang telah disenaraikan dalam CCRIS oleh bank negara menyebabkan pinjaman kereta tidak diluluskan oleh bank.
Alasan pihak bank cukup kukuh, bayaran PTPTN RM100 pun tak dapat nak bayar, macammana nak luluskan pinjaman kereta RM400 sebulan.
Terdiam saya di situ, katakan ada yang membayar PTPTN sangat cantik, namanya bersih tetapi majoriti tidak mahu membeli Proton atau Produa, golongan ini selalunya cenderung untuk membeli kereta Honda dan Toyota yang beharga RM70,000 dan ke atas.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci