728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 30 March 2017

    Sarawak Perlu Lebih Ramai Guru Agama




    Sarawak masih berdepan kekurangan guru yang mengajar dalam subjek agama Islam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.

    Beliau berkata, perkara tersebut sudah diketahui umum sejak setahun lalu termasuk guru agama di sekolah kawasan beliau.

    "Kita tidak mahu guru sejarah sebagai contoh untuk mengajar subjek agama Islam," katanya.

    Menurutnya, tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan pendidikan Islam yang benar diterapkan di sekolah kerana ia hak rakyat Malaysia.

    "Kementerian (Pendidikan) telah beri kenyataan, YB (wakil rakyat) kawasan yang terbabit turut bersuara demi meneruskan pendidikan agama Islam untuk pelajar Islam di Sarawak," ujarnya.

    Beliau musykil kenapa pihak yang tidak mempunyai kepentingan tentang pendidikan agama Islam perlu menimbulkan suara umpama bantahan.

    "Kalau tak jelas maklumat, silalah berhubung dengan pihak kementerian bukan berhubung dengan media.

    "Iklan yang bukan rasmi tidak boleh dijadikan sandaran, tanyalah pihak yang berkenaan tentang wujud atau tidak iklan yang rasmi agar suasana jadi harmoni," jelasnya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sarawak Perlu Lebih Ramai Guru Agama Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top