728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 30 March 2017

    1MDB Tiada Sebarang Hutang Bank, Jangka Pendek



    Dewan Rakyat hari ini diberitahu, syarikat pembangunan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ini tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka pendek. 



    Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis yang diedarkan hari ini, turut menjelaskan menerusi Pelan Rasionalisasi 1MDB yang sedang dilaksanakan, tiada sebarang aset baharu dalam dan luar negara diperoleh pada 2015 dan 2016.



    "Melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan plot tanah di projek Tun Razak Exchange, 1MDB memperoleh tunai sebanyak RM10.97 bilion pada 2015 dan 2016," menurut kementerian itu. 



    Er Teck Hwa (DAP-Bakri) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pekerja, wang tunai, hutang dan aset yang diperoleh 1MDB di dalam dan luar negara pada 2015 dan 2016.



    Kementerian Kewangan turut menjelaskan, selaras pelaksanaan Pelan Rasionalisasi, 1MDB mempunyai 35 pekerja pada 31 Disember 2015 dan 17 pekerja pada 31 Disember 2016.



    Turut dijelaskan, pada 2015 dan 2016, 1MDB sudah membayar balik sepenuhnya hutang iaitu hutang kemudahan kredit berputar dari Affin Bank sebanyak RM229.5 juta yang dijelaskan sepenuhnya pada 23 November 2015.



    Hutang lain yang dibayar sepenuhnya ialah kemudahan kredit tersedia dari kerajaan Malaysia sebanyak RM950 juta (dijelaskan sepenuhnya pada 31 Mac 2016), kemudahan pinjaman berjangka dari Marstan Investments NV (RM2 bilion - 8 April 2016), kemudahan pembiayaan berjangka dari EXIM Bank (AS$150 juta - 15 April 2016).

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 1MDB Tiada Sebarang Hutang Bank, Jangka Pendek Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top