728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 19 March 2017

    Ramai Tak Tahu Pemilik MAMEE Dulu Jual Kereta Terpakai Jer




    Selain mee segera Maggi, rasanya semua daripada kita tahu satu lagi brand yang terkenal, Mamee. Kalau nak tahu, inilah pengasas Mamee, Phang Chin Hin, seorang anak tempatan yang asalnya penjual kereta terpakai! Pada tahun 1971, seorang rakan Chin Hin mengajak beliau mengusahakan produk mee segera yang menurut kawannya itu, lebih ada masa depan berbanding jual kereta second hand. Dengan tak tahu apa-apa pun pasal mee segera, Chin Hin pun buka kilang kecil-kecilan bagi menghasilkan makanan tersebut.

    Lepas itu, beliau hantar anak lelaki, Tee Chew belajar di Jepun dan bekerja dengan sebuah kilang mee segera di sana. Bila pulang ke Malaysia, Tee Chew terus diberi tanggungjawab buat kerja marketing manakala Chin Hin terus fokus di kilang mereka itu. Mula-mula nama mee segera ni Lucky, malangnya nama Lucky tak ‘selucky’ mana kerana terpaksa bersaing dengan nama besar mee segera lain seperti Maggi dan Cintan. Masa tu mee segera Lucky tak dapat sambutan dan bank-bank pun tak nak bagi mereka pinjaman.


    Menurut The Star, satu hari semasa Tee Chew tengah jual mee segeranya, dia ternampak sekumpulan kanak-kanak tengah makan mee segera yang tidak dimasak. Dari situ dia tergerak untuk menghasilkan mee segera yang dah pun tersedia dimasak – MAMEE MONSTER!

    Sejak itu jualan mereka mula menempa kejayaan dan sehingga kini, kilang mereka yang terletak di Melaka adalah antara yang terbesar di Malaysia dan produk mereka akhirnya telah memasuki pasaran 80 buah negara di seluruh dunia!

    Sekarang bukan saja mee segera, syarikat mereka juga telah mempelbagaikan berbagai produk makanan termasuk yang hebat diperkatakan, MISTER POTATO! Kini uncle Pang dah pun mendapat gelaran Datuk manakala anaknya, Tee Chew dan pun bergelar Tan Sri.

    Yang pasti, walaupun menghasilkan mee segera, namun apa yang mereka capai dan kejayaan yang mereka miliki hari ini tidak ‘sesegera’ sepertimana produk mereka. SALUTE!

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Ramai Tak Tahu Pemilik MAMEE Dulu Jual Kereta Terpakai Jer Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top