728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 17 March 2017

    Penjawat Awam Dicekup Positif Dadah



    Seramai 120 rakyat tempatan dan warganegara asing ditahan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu Khas Hilir Perak bermula 14 Mac hingga semalam.

    Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, operasi berkenaan melibatkan 41 pegawai dan 201 anggota terdiri daripada Pegawai dan Anggota Sting Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, JSJN Ibu

    Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

    Katanya, turut serta, pasukan Polis Marin, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak, Jabatan Imigresen Perak dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

    “Kita menjalankan pemeriksaan terhadap 337 orang sepanjang operasi dan hasilnya 120 orang berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah, pendatang asing tanpa izin (Pati), dan pelbagai lagi.

    "Daripada 120 yang ditahan, 80 rakyat tempatan terdiri daripada 76 lelaki dan empat wanita, manakala 40 lagi warganegara asing dengan 39 lelaki dan seorang wanita.

    “Sebanyak 123 kertas siasatan dibuka antaranya Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(2) ADB 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan lain-lain di bawah AADK, imigresen serta Kastam,” katanya pada sidang media di IPD Hilir Perak, pagi semalam.

    Tambahnya, turut dirampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3,903 terdiri daripada heroin seberat 62.04 gram, methamphetamine (6.78g), sebiji pil eramine five, sebiji pil kuda dan cannabis seberat 1.18 gram.

    “Jabatan Kastam juga berjaya merampas 488 tin minuman keras pelbagai jenama dan 14,924 rokok putih dengan nilai anggaran rampasan adalah RM2,548.21,” katanya.

    Sementara itu, Wan Hassan turut memaklumkan seorang anggota Maritim dari Kuantan, Pahang, turut ditahan dalam operasi terbabit.

    “Pada pemeriksaan dijalankan di Jalan Kebun Baru, Kampung Seri Perkasa Hutan Melintang, kita berjaya menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai Laskar Kelas 2 Maritim.

    “Hasil ujian air kencing lelaki berkenaan mendapati dia positif dadah jenis morfin dan lelaki terbabit kini direman di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 selama empat hari,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Penjawat Awam Dicekup Positif Dadah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top