728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 17 March 2017

    17 Juta Rakyat Di Yaman Sedang Kebuluran



    Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran lebih separuh penduduk Yaman berada di ambang kebuluran selepas negara Arab terus menjadi mangsa serangan udara tanpa henti.

    Dalam satu laporan diterbitkan kelmarin, Program Makanan Sedunia memberitahu (WFP), 60 peratus atau 17 juta rakyat negara itu kini berdepan krisis atau keadaan makanan kecemasan.

    "Jika bantuan kemanusiaan tidak dapat mengakses semua orang yang memerlukan dalam beberapa bulan akan datang, keadaan akan menjadi lebih teruk," menurut laporan itu.


    Antara wilayah paling terjejas adalah Lahij, Abyan, Sa’ada, Hajjah dan Shabwah.


    WFP turut memberi amaran wilayah Ta’izz dan Hudaydah berisiko kebuluran jika mereka tidak menerima lebih banyak bantuan.

    Bulan lalu, ketua kemanusiaan PBB memberi amaran empat negara, Yaman, Sudan Selatan, Nigeria dan Somalia menghadapi kebuluran dan Yaman menjadi negara yang paling terjejas. - Press TV

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 17 Juta Rakyat Di Yaman Sedang Kebuluran Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top