728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 19 March 2017

    Nak Pikat Farahdhiya Gigi Anda Harus Cantik Dan Bersih



    Setiap wanita solo pasti mengimpikan jejaka ideal sebagai calon suami. Tidak terkecuali, penyanyi cantik kacukan Melayu-Inggeris, Farahdhiya Mohd Amin yang masih membuka pintu hati biarpun pernah ditipu lelaki.

    Mengaku belum berpunya biarpun usia bakal menginjak 33 tahun bulan depan, Farahdhiya tidak menolak bercinta sekali lagi. Akui penyanyi lagu `Bertakhta Di Hati’ ini, pengalaman lalu menyebabkan dia terpaksa memilih dan lebih berhati-hati.

    Farahdhiya mendakwa pernah menjalin hubungan serius dengan seorang lelaki yang tampak bersungguh-sungguh hingga membawanya meninjau rumah baharu yang mahu dibeli sebelum berkahwin.

    “Mengapa tidak? Saya jadi mengharap selepas dia bawa saya pergi tengok rumah yang hendak dibeli, kononnya sebagai perancangan awal untuk kami berkahwin.

    “Tetapi akhirnya, tak jadi. Saya rasa tertipu. Saya akur dan mengaku bukan mudah untuk melupakan hubungan cinta kerana putus cinta kesannya sakit. Saya pula kalau sudah sayang, saya sayang betul-betul,” katanya kepada BH Online.

    Memperincikan kriteria jejaka idamannya, Farahdhiya memberitahu, perkara utama adalah lelaki Melayu.

    “Dia tidak perlu terlalu kacak atau cukup sekadar kulit hitam manis. Dia juga mesti memiliki gigi yang cantik dan gusi bersih.

    “Ini paling penting buat saya kerana dengan senyuman yang menampakkan gigi dan gusi yang bersih, ia akan membuatkan raut wajah lebih bersinar.

    “Dia juga mestilah ‘kaki’ gimnasium dan pandai menjaga penampilan diri. Tapi kalau dia suka mengawal dan mengatur apa yang perlu saya buat, lupakan hasrat itu,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal muncul dengan single baharu berjudul Kepada Dia.

    Farahdhiya akan mempromosikan single ciptaan Sri Kandi manakala lirik ditulis Hang Nadim itu di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, di sini pada 30 April depan.-Bharian

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Nak Pikat Farahdhiya Gigi Anda Harus Cantik Dan Bersih Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top