McDonald’s memang mempunyai banyak cawangan di United Kingdom tetapi McDonald’s di Shrewbury, England ini memang sangat unik. Secara luaran, ianya nampak seperti McDonald’s yang biasa sahaja. Tetapi ianya sesuatu pengalaman yang lain jika anda menjejakkan kaki ke dalam.
McDonald’s yang dikatakan salah satu cawangan tertua di England ini dihiasi dengan gaya medievel; seperti pub yang biasa anda lihat dalam siri-siri popular Game Of Thrones dan sebagainya. Perbezaannya, anda makan berger dan minum Coca-Cola dan bukannya stik daging.
Terdapat juga balkoni yang diperbuat dari kayu dan pintu besi berat yang menambahkan lagi elemen medieval pada McDonald’s ini. Jadi kalau anda pergi ke Shrewbury, bolehlah singgah untuk rasai sendiri McDonald’s gaya medieval ini. Kalau anda datang makan dengan baju zirah besi, barulah boleh feeling anda seorang knight yang hidup di zaman medieval. Cool!
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci