728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 24 March 2017

    Majoriti Rakyat Suka Dengan BR1M, Mohon Kerajaan Kekal Dan Teruskan



    Satu tinjauan kaji selidik baru-baru ini oleh Kajidata Research Sdn bhd telah mendapati 68.7 peratus daripada responden mereka menerima baik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini berasa gembira mengenainya.
    Kajian itu dijalankan ke atas 1,031 penerima dan bukan penerima BR1M dan 63.9 peratus daripada mereka menolak persepsi bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah.
    Penemuan itu dikongsi oleh Dr Syed Arabi Idid dipetik BERNAMA. Beliau berkata bahawa 71.1 peratus daripada responden memberikan pendapatan bahawa BR1M yang mula diberikan pada 2012 harus diteruskan lagi pada masa depan.
    Memandangkan kos kehidupan yang terus meningkat, 65.1 peratus daripada responden mengakui bahawa BR1M telah membantu melegakan bebanan kewangan mereka dengan hanya 25.6 peratus berkata sebaliknya, kata bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Penasihat Kajidata itu.
    Lebih separuh daripada responden gembira yang bantuan BR1M berjumlah sehingga RM1,200 kali ini sampai kepada kumpulan sasaran. Bagaimanapun, 33.8 peratus beranggapan BR1M gagal memenuhi matlamatnya.
    Apa yang menarik, 80 peratus daripada penerima menggunakan wang BR1M bagi membeli barang keperluan asas dengan 85.3 peratus daripada mereka menghabiskan subsidi itu dalam tempoh sebulan.
    Kajian itu, yang dijalankan dari 20-27 Feb, juga mendapati ada antara mereka menggunakan wang BR1M untuk membayar bil bulanan dan membiayai persekolahan anak mereka.
    Kajian itu juga mendapati dalam pemberian BR1M sebelum ini, ada yang hidup berjimat membelanjakan wang itu dalam tempoh lebih lama iaitu sehingga tiga bulan dan ada pula yang menabung.
    Tinjauan Kajidata juga menunjukkan bahawa BR1M memaksa mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan untuk mendaftar dengan pihak berwajib, dengan itu mewujudkan pangkalan data menyeluruh dan bernilai akan golongan yang memerlukan.
    Dr Syed Arabi dan pasukannya juga mendapati maklumat daripada pangkalan data itu boleh digunakan untuk menyediakan program bantuan mengikut keperluan bagi kumpulan sasaran dan memantau kemajuan mereka.
    “Sebagai contoh, mungkin terdapat mereka yang memerlukan lebih daripada apa yang diberikan oleh BR1M dan dengan itu boleh dirujuk kepada Lembaga Zakat yang menyediakan bantuan bermakna.
    Memandangkan pendapatan mereka juga dipantau oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, maka mudahlah untuk mengenal pasti mereka yang berjaya keluar daripada masalah kewangan dan tidak lagi memerlukan bantuan termasuk BR1M,” katanya.
    Tinjauan Kajidata dijalankan melalui temu bual telefon berbantukan komputer merentasi 222 kawasan Parlimen termasuk di Sabah and Sarawak.
    Responden dipilih daripada kumpulan usia berlainan, tahap pendapatan, latar belakang pendidikan, kaum dan jantina.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Majoriti Rakyat Suka Dengan BR1M, Mohon Kerajaan Kekal Dan Teruskan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top