728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 16 March 2017

    Kes Yahoo Beri Maklumat Insiden Godam Lain: Pakar



    Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kini berada di kedudukan lebih baik untuk mengenal pasti jika penggodam dan perisik Russia mengganggu Pilihan Raya Presiden tahun lalu.



    Menurut pakar keselamatan komputer, siasatan persekutuan terhadap pelanggaran keselamatan besar-besaran Yahoo mungkin membuka peluang terhadap potensi godaman lain dimulakan oleh kerajaan asing lain.



    Ia termasuk siasatan berasingan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) jika kerajaan Russia mengupah penggodam untuk mengganggu pilihan raya November yang memberi kejayaan kepada Presiden Donald Trump.



    "Ia menjadikan anda lebih optimis mencari punca apa yang berlaku," kata Robert Cattanach, bekas peguam Jabatan Kehakiman yang kini mengendalikan firma swasta.



    Dalam kes Yahoo yang didedahkan kelmarin, Jabatan Kehakiman mendakwa, dua ejen perisikan Russia mengupah dua penggodam untuk melancarkan serangan hingga menjejaskan sekurang-kurangnya setengah bilion akaun pengguna Yahoo.



    Pihak berkuasa AS berkata, dalam rancangan yang dikatakan pendakwa raya sebagai gabungan pengumpulan risikan dan ketamakan ganjaran kewangan, empat lelaki terbabit menyasar akaun e-mel pegawai kerajaan Russia dan AS, wartawan Russia, kakitangan perkhidmatan kewangan dan perniagaan persendirian lain. -AP

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kes Yahoo Beri Maklumat Insiden Godam Lain: Pakar Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top