728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 26 March 2017

    Kenapa Tidak Boleh Larang Anak Anak Buas?




    Anak-anak memang tidak boleh lari dari bermain, jika keluar rumah, pergi taman permainan, atau padang sudah pasti mereka akan bersorak girang, berlari ke sana ke mari.

    Namun, mungkin disebakan mereka terlalu aktif, ada ibu bapa yang mengehadkan, atau melarang anak-anak untuk bermain, jika ini berlaku, anak-anak seperti terhalang untuk mengekspresikan tenaga, juga kecerdasan mereka.

    Jadi, bagi mereka yang ingin mencuba agak anak-anak boleh bermain di satu tempat dalam rumah, tanpa berlari-lari, mungkin boleh cuba buat ‘monkey bar’ ini seperti perkongsian dari Puan Nurul Shida Saari.

    Bukan sahaja boleh membuatkan anak tidak berlari-lari dalam rumah, tetapi juga membuatkan mereka jadi lebih cerdas.

    Jom kita ikuti perkongsian darinya.

    Fit kids = fit brains!

    Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas. Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan "grey matters" di dalam otak dimana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.

    Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains).

    Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan "instinct" yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya.

    Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian. Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di "qouted" dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.

    Fitrah kanak-kanak

    Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan "buas/nakal"), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan. Jadi, sebagai ibubapa, apakah peranan kita? 

    Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat. Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya. Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas? Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit.


    Hallway monkey bar

    Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan "hallway monkey bar" untuk kami sekeluarga bergayut. Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. 

    Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni. Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut ).

    Ubah persepsi anak aktif

    Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai "buas & nakal", apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa. Biasanya, anak yang diberikan peluang & ruang oleh ibu bapanya, mereka faham & tahu limit/had untuk beraktiviti. 

    Contohnya, harraz faham yang mama tak suka dia berlari-lari di tempat yang tak sesuai & bahaya (di jalan, di rumah sedara mara, di kawasan public-shopping complex etc). Dia juga faham di mana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. 

    Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa. Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi "the dos & donts" kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham "guideline" kita.

    'Fit' sedari baby

    Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang di ajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau "Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6".

    Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni)! Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own reseach 

    Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi

    Update: disertakan sekali bajet & diagram DIY hallway monkey bar by Hazwan Jalani keada sesiapa yang berminat nak buat sendiri.
    Aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak-anak adalah aktiviti yang baik, jika anak-anak tercedera sedikit sewaktu bermain, ia mungkin boleh dijadikan sebagai pengalaman buat mereka, namun, keselamatan mereka masih perlu dititikberatkan untuk mengelakkan kecederaan yang serius. Mari kita bermain bersama anak-anak.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kenapa Tidak Boleh Larang Anak Anak Buas? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top