728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 27 March 2017

    KDN Sahkan Laporan Wall Street Journal Tidak Benar




    Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyangkal laporan Wall Street Journal bahawa pembolosan di sempadan negara menyebabkan peningkatan plot pembunuhan terancang di Malaysia.



    Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata sempadan negara bukan sahaja dikawal oleh satu pihak berkuasa tetapi dijaga secara bersama oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi berkaitan.



    "Tuduhan yang menyatakan pembolosan sempadan ini menyebabkan peningkatan plot pembunuhan terancang, adalah tidak benar," katanya.



    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program gotong-royong dan tinjau mesra Persatuan Penduduk Mekaraya View, Taman Bukit Indah, semalam.



    Beliau mengulas mengenai laporan akhbar itu yang menyebut dasar sempadan negara ini menyebabkan peningkatan plot serangan terancang, termasuk mengaitkannya dengan kes pembunuhan Kim Jong-nam dan cubaan serangan ketika lawatan King Salman, baru-baru ini.



    Nur Jazlan berkata, kes seperti Kim Jong-nam adalah kes terpinggir kerana selepas bertahun, baru sekali kejadian seumpama itu berlaku.



    "Tidak mungkin keselamatan kita dapat patahkan semua serangan, tetapi dalam kes Raja Salman, terbukti pihak polis dapat kesan lebih awal perkara itu dan mematahkannya.



    "Akhirnya, lawatan beliau jalan lancar tanpa sebarang insiden," katanya. Nur Jazlan berkata, sempadan negara luas, membabitkan kawasan beribu-ribu kilometer.



    Katanya, bukan mudah untuk memantau dan mengawal keseluruhan kawasan itu.



    "Kerajaan dan pihak berkuasa sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.



    "Mana-mana negara di dunia pun hadapai masalah sama seperti di London, baru-baru ini, satu kejadian pembunuhan berlaku di hadapan Parlimennya sendiri," katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: KDN Sahkan Laporan Wall Street Journal Tidak Benar Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top