
Golongan muda yang baru berkecimpung dalam dunia usahawan jangan
berputus asa, kegagalan itu adalah satu keberhasilan yang tertangguh,
teruskan usaha untuk mencapai sasaran.
Jadi bila tengok poster “Dont Quit” ni, saya terpanggil nak kongsi sikit cerita saya sendiri.
Perkongsian saya :
1. Kalau kita tengah susah, ubah cara kita berfikir dan tambah-gandakan iktiar kita. Jangan putus asa.
2. Samaada waktu susah atau senang, tiada benda yang kekal selamanya.
Kalau saya putus asa lepas gagal penuh waktu tahun 2014, saya takkan
dapat apa yang saya ada sekarang.
3. Jangan putus asa kalau kita percaya apa yang kita buat tu betul.
Col Sanders ( KFC) gagal dalam seribu percubaan pertama beliau nak jual
resepi KFC. Umur beliau dah lebih 50 tahun sewaktu beliau mulakan KFC.
Kalau beliau putus asa lepas percubaan ke 10, hari ni kita takkan ada
KFC dan mungkin perut saya boleh ada six pack.
4. Jack Ma kena reject 10 kali untuk masuk ke Harvard Uni, siap gagal
dalam walk in interview beliau untuk kerja di KFC. Hari ini, mamat
muka-tak-boleh-blah ni yg gagal dalam interview untuk kerja di KFC ni,
merupakan antara orang terkaya di dunia. Siap dipanggil untuk berkongsi
pendapat beliau dengan President Trump dan PM China sebagai penasihat.
5. Kadang kadang, 1-3 tahun boleh bawa perbezaan besar. Elon Musk
hampir bankrup waktu 2009 bila syarikat beliau Tesla dan SpaceX
menghadapi crisis ekonomi di USA. Beliau pernah tumpang tidur di rumah
kawan sebab tiada duit nak bayar sewa. Sekarang, syarikat kereta beliau
mempunyai jenama sebaris dengan jenama kereta terkemuka seperti BMW,
Porsche dan Mercedes. Bayangkan kalau beliau putus asa dan tutup Tesla
pada tahun 2010?
Dan orang yang tak reti putus asa biasanya akan ada kelebihan besar
dalam hidup. Bak kata pepatah mat saleh, susah nak tewaskan orang yang
tak reti mengalah. Its hard to beat a man who doesnt know how to give
up.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci