728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 19 March 2017

    Buaya Betina 2.27 Meter Ditangkap SWAT



    Swift Wildlife Action Team (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya menangkap seekor buaya berukuran 2.27 meter dalam operasi penakaian dan pemindahan buaya di Sungai Undey, Pusa, kira-kira 300 kilometer dari sini.


    SFC dalam kenyataan berkata, buaya betina itu ditangkap pada Jumaat lalu selepas lapan hari operasi dilakukan ekoran serangan buaya yang telah mengorbankan Besimilah Rajali, 36, ketika dia sedang mengikat batang rumbia di sungai tersebut pada 9 Mac.


    “Operasi penakaian dan pemindahan buaya dilaksanakan oleh unit SWAT dari ibu pejabat SFC dan Pejabat Wilayah Sibu. Tujuh cangkuk berserta umpan telah dipasang dalam lingkungan tiga kilometer di sepanjang Sungai Undey menuju ke muara sungai tersebut.


    “Buaya betina yang ditakai berjaya ditangkap kira-kira 100 meter daripada lokasi serangan,” kata kenyataan itu.


    SFC berkata, unit SWAT akan meneruskan pemerhatian di kawasan tersebut dan buaya yang dikira boleh mendatangkan bahaya akan ditakai dan dipindahkan keluar daripada sungai. - Bernama

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Buaya Betina 2.27 Meter Ditangkap SWAT Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top