728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 28 March 2017

    Bagaimana Mahu Capai Bahagia Dalam Perkahwinan?




    Apa itu bahagia? Kalau diajukan soalan ini kepada sesiapa sahaja pasti bermacam-macam jawapan dapat didengar. Namun yang pasti setiap orang menginginkan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing.

    Kebahagiaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Pilihan di tangan anda sendiri sama ada untuk merasa bahagia atau sebaliknya. Berikut beberapa panduan untuk anda dan pasangan agar rumahtangga kembali bahagia.

    - Tunjukkan kepada pasangan jika anda sedang bersedih, risau atau kecewa. Jangan memendam seorang diri kerana ia hanya akan merosakkan perasaan dan seterusnya menjejaskan hubungan.

    - Jadikan pasangan sebagi orang kepercayaan anda. Jangan mudah menceritakan rahsianya kepada orang lain.

    - Maklumkan kepada pasangan tentang jadual kerja mahupun perjalanan anda. Ini penting agar pasangan tidak rasa tertipu dan boleh merancang aktiviti keluarga dengan lebih teratur.

    - Sentiasa menghormati dan menjaga hak privasi pasangan. Walaupun sudah lama berkahwin, setiap orang tetap punya hak atau privasi sendiri. Mungkin ada ketika pasangan mahu bersendirian. Hormatilah hak tersebut.

    - Usah diungkit kisah lalu apatah lagi yang negative. Apa pun, segala yang sudah terjadi telah selesai!

    - Sentiasa bergurau senda dan saling menggoda pasangan bagi menyemarakkan perasaan cinta dan kasih.

    - Sentiasa berbincang soal kewangan bersama pasangan. Jangan bebankan masalah kewangan hanya kepada pasangan. Jika anda juga bekerja, apa salahnya saling membantu.

    - Jangan menghina atau mengherdik pasangan di depan khalayak ramai. Pasangan anda perlu dihormati. Hinaan dan cacian hanya akan menjatuhkan maruah anda secara tidak sedar.

    - Tatap mata pasnagan saat anda berbicara dengannya. Ini adalah sebagai tanda anda memberi perhatian dengan setiap bicaranya. Ia juga tanda kejujuran.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bagaimana Mahu Capai Bahagia Dalam Perkahwinan? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top