KUALA LUMPUR 8 OGOS: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan Fitnah II, membantah ketegasan Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan juga pendengaran rayuan terhadap sabitan kes tersebut pada 8 dan 9 September.
Ini walaupun mereka telah mengemukakan sijil perubatan dari peguam utama, Datuk Sulaiman Abdullah yang tidak dapat hadir sehingga 13 Oktober kerana cuti sakit.
Memetik Malaysiakini, tarikh 8 dan 9 September diumumkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendengar rayuan Anwar itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dilapor bertanya kepada peguam Anwar sama ada terdapat tujuan untuk Anwar menangguhkan pendengaran rayuan itu dengan melantik Sulaiman mewakilinya.
Peguam N Surendran membantah dengan berkata, Sulaiman telah dilantik selepas kematian mengejut Karpal Singh dalam nahas jalan raya dan ini memang telah diketahui.
Para peguam kemudian meminta bertemu dengan hakim berkenaan tengah hari ini bagi menjelaskan situasi tersebut dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ketegasan mahkamah yang mahu meneruskan juga pendengaran rayuan itu pada 8 dan 9 September.
Anwar merayu terhadap sabitan dan hukuman terhadap tuduhan sodomi, manakala Peguam Negara merayu untuk menambah hukuman lima tahun penjara.
Mahkamah Persekutuan bertegas untuk mendengar rayuan itu pada 8 dan 9 September sejak pengurusan kes itu bulan lepas.
Selain Surendran, peguam lain yang hadir hari ini ialah R Sivarasa, Sangeet Kaur dan Latheefa Koya.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac tahun ini oleh Mahkamah Rayuan, yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebas Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan itu – Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh – memutuskan bahawa hakim perbicaraan yang menolak bukti DNA itu, telah gagal untuk ‘menilai secara kritikal’ bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia kerajaan, Dr Seah Lay Hong.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62364
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci