728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 10 August 2014

    Bekas Miss Korea Yoo Mi Terjun Bidang Lakonan

    BEKAS Miss Korea, Kim Yoo Mi dikhabarkan sedang dilatih untuk membintangi drama Korea terbaharu berjudul Nodame Cantabile.

    Wanita berusia 24 tahun itu pernah diumumkan sebagai Miss Korea pada tahun 2013 lalu.

    Yoo Mi kini berada dibawah pengurusan Star Haus yang turut dinaungi oleh aktor popular Lee Min Ho.

    Pihak pengurusan tersebut turut mengesahkan penglibatan wanita itu bergandingan dengan aktor Joo Won dalam drama tersebut.

    "Dia akan bergandingan dengan Joo Won, ia merupakan peluang dan penghormatan buat Yoo Mi yang terpilih selepas menghadiri uji bakat yang dilakukan," ujar pihak pengurusan tersebut.

    Drama tersebut turut dibintangi oleh Shin Eun Kyung.
    http://www.mstar.com.my/hiburan/k-pop/2014/08/10/yoo-mi/

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bekas Miss Korea Yoo Mi Terjun Bidang Lakonan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top