BEIJING: Sekurang-kurangnya 589 orang maut dalam kejadian gempa bumi di Yunnan, kata pegawai pada Rabu.
"Setakat pukul 10.30 pagi Rabu... 589 orang maut," katanya mengenai gempa bumi berukuran 6,1 magnitud menggegarkan barat daya wilayah Yunnan, kata Kementerian Hal Ehwal Awam China di laman webnya.
Bagaimanapun, tiada penjelasan mengenai jumlah kematian yang meningkat mendadak daripada 410 orang pada Selasa, meskipun pasukan penyelamat menjalankan operasi membawa keluar mayat dari timbunan runtuhan kediaman.
Menurut kementerian itu, seramai 2,401 orang di wilayah itu cedera akibat gempa bumi itu, dan 230,000 telah dipindahkan, manakala lebih 80,000 kediaman runtuh. - AFP
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci