728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 8 May 2017

    Perokok Tak Layak Dapat Zakat, Derma




    Perokok adalah ‘orang kaya’ dan mereka tidak layak untuk mendapat bantuan zakat atau sebarang derma, kata Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

    Meneruri laman Facebook miliknya, beliau menjelaskan merokok hanya membazirkan wang dan bahaya untuk kesihatan. Mereka yang merokok pasti dikalangan orang kaya kerana mampu membeli rokok walaupun harganya sangat mahal.

    “Mereka yang hisap rokok ni mesti dikalangan orang yang banyak duit dan tidak tahu nak dibelanjakan untuk apa. Lebih-lebih lagi harga rokok semakin mahal,”katanya dalam kenyataan tersebut.

    Beliau juga menegaskan perokok tidak layak untuk mendapatkan bantuan kewangan atau zakat.

    “Sekiranya zakat atau apa-apa bentuk bantuan diberikan kepada mereka yang membazirkan wang dengan membakar rokok, ia memusnahkan diri mereka sendiri dan orang di sekeliling mereka.

    Dalam pada itu, kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menaikkan harga rokok daripada RM17 ke RM21.50 sekotak.

    Sumber: The Malay Mail Online

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Perokok Tak Layak Dapat Zakat, Derma Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top