Friday, 2 April 2021

Maufakat Nasional Lebur PAS Milik Perikatan Nasional

 

Barisan Nasional (BN) terutamanya parti  UMNO akan ditolak mentah-mentah oleh PAS dan Maufakat Nasional ( MN ) akan terbubar secara sah tidak lama lagi.

Dari awal MN di wujudkan, pengarang merasakan ada sesuatu akan terjadi berdasarkan sejarah perjuangan PAS.

 Perjuangan untuk mendirikan negara Islam akhirnya dikuburkan  dengan alasan negara Islam tidak disebut dalam al-quran yang ada di sebut pelaksanaan negara berkebajikan.

UMNO yang cuba menyamun kembali kepercayaan pengundi / rakyat setelah lingkup pada PRU-15 begitu bangga manakala penyokong pula menyibukkan diri dengan zikir MN MN MN MN MN.

Bagi PAS, UMNO telah menyeleweng dari matlamat penubuhan MN dan sebab itu setiap kenyataan yang dibuat pemimpin parti itu seperti membidas kepala pemimpin UMNO.

Sejak beberapa bulan lalu, pemimpin PAS memberi bayangan secara jelas yang mereka dan anak cucu cicit mereka akan menolak permuafakatan yang tidak membawa kepada penyatuan.

Gara-gara UMNO menolak Perikatan Nasional (PN ) dengan pelbagai dalih, BERSATU akan memperoleh sepasang kaki PAS. Tiada lagi istilah dua kolam.

UMNO  yang meneruskan perjuangan nak menang, nak berkuasa akhirnya akan berputih mata setelah sebahagian kepercayaan rakyat telah di rompak PAS.

Bodohnya pemimpin UMNO boleh percaya kepada lebai yang pernah putar belit isu video seks rakan sekutu  parti mereka."Bukti 'video tak boleh pakai' kerana tak lebih dari sebuah 'besi'!"

Puluhan tahun pemimpin UMNO berbangga dengan ahli ramai, rupanya bodoh lagi lama wujud dalam UMNO.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci