Tuesday, 30 June 2020

Virus selesema berpotensi jadi pandemik ditemui di China

SEJENIS virus selesema yang berpotensi merebak menjadi pandemik ditemui di China.

Saintis mengesan virus tersebut berpunca daripada babi, tetapi boleh menjangkiti manusia.

Mereka bimbang ia mungkin bermutasi menjangkiti daripada seorang ke seorang dan seterusnya mencetuskan pandemik global.

Walaupun setakat ini penemuan itu belum menjadi masalah utama, namun virus tersebut mempunyai pelbagai kemungkinan untuk berubah dan menjangkiti manusia.

Memandangkan jenis virus itu baharu ditemui, tiada sesiapa pun yang mempunyai daya ketahanan.

Buat masa ini langkah-langkah untuk memantau pekerja-pekerja ladang babi sedang diperketat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci