Sunday, 3 May 2020

Tak Jual Bangunan UMNO Bukan Kejayaan Noh Omar


Bangunan UMNO Selangor tidak pernah dijual ia cuma cadangan ketika Kepimpinan tertinggi UMNO Selangor yang diterajui Pengerusinya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Datuk Mat Nadzari yang juga Pengerusi Perhubungan negeri ketika itu mengesahkan tiada sebarang penjualan aset UMNO.

Cadangan jual bangunan UMNO yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam turut tidak di persetujui oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menurut  Datuk Seri Jamal, langkah bagi penjualan bangunan tersebut adalah tidak wajar malah perlu di elakkan walaupun berdepan masalah kewangan berikutan akaun parti dibekukan.

Antara sebab bantahan dari pelbagai pihak supaya bangunan itu tidak dijual kerana bangunan UMNO itu dianggap sebagai mercu tanda kepada kekuatan ahli dan parti Melayu.

Bertitik dari cadangan menjual bangunan UMNO, Datuk Mat Nadzari mula dipandang sebagai ketua yang gagal atau lemah.

Tidak hairanlah sekiranya ada berlaku undi tidak percaya terhadap Datuk Mat Nadzari. Dalam politik kepartian tidak mustahil boleh berlaku dan tidak mustahil tidak boleh berlaku.

Setelah layang-layang Datuk Mat Nadzari ditarik turun, muka lama kembali iaitu muka Tan Seri Noh Omar yang pernah gagal mengembalikan Selangor walaupun beliau pernah menyandang jawatan yang dipikul sekarang pada 2013 hingga 2018.🤣🤣🤣.

Senanglah lisan menggungkap qalam UMNO Selangor tidak akan dijual, namun tidak semudah itu jika sudah dijual dan Tan Seri Noh di percayai dan di yakini tidak berselera untuk sekali lagi berada dipuncak tertinggi UMNO negeri.

Perancangan Tan Seri Noh Omar untuk membangunkan semula dengan menjadikan bangunan itu sebagai sebuah pusat usahawan sepatutnya sudah lama berlaku, bukan selepas Barisan Nasional ( BN ) tidak lagi kerajaan. Malaysia percaya sekiranya Tan Seri Noh lakukan seperti yang dirancang sekarang tidaklah berlaku seperti menanggung biawak hidup.

Kemudahan di tingkat lima dan enam bangunan UMNO negeri Selangor sudah lama ada, takkan Tan Seri Noh tidak tahu.

Tidak mahu berhujah mengapa dan kenapa tidak di sewa kepada anak-anak muda yang baharu ingin memulakan perniagaan yang memerlukan kemudahan pejabat kecil dengan sewaan rendah pada 2013-2018, atau ketika itu tingkat lima dan enam penuh dengan penyewa.

Berjalan ke Facebook UMNO Selangor kelihatanya segar bugar dengan pujian kepada Tan Seri Noh. Adalah lebih baik puji daripada caci, manalah tahu dapat minum secawan teh.

Dengan tidak jadi jual bangunan UMNO negeri bukanlah satu ukuran atau impak besar setalah Tan Seri Noh kembali, kerana bangunan itu tidak pernah dijual.

Dengan air percuma 20 meter padu kerajaan Selangor sebulan, Tan Seri Noh pernah gagal mengembalikan taring BN walaupun bermimpi ditengah hari nak menang 30 kerusi, inikan pula dengan bonus berganda pada kaki tangan kerajaan negeri.

-Kaki Palu
Aku hanya penulis jalanan

Friday, 1 May 2020

Lesen Memandu Pemegang Kad UNHCR Tidak Sah

SHAH ALAM - Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad itu tidak sah untuk memandu kenderaan bermotor di Malaysia.


Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan hari ini berkata, perkara itu selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Selain itu, ia juga berdasarkan petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 30 April lalu bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia.


ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tidak iktiraf status pelarian Rohingya

"JPJ sentiasa komited memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara," katanya.

Katanya, JPJ tidak berkompromi terhadap pelanggaran peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Covid-19: PKPD Akan Dikenakan Sekiranya Ada Jangkitan

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan terhadap mana-mana premis ataupun lokaliti yang mempunyai kes jangkitan koronavirus (Covid-19) selepas mereka memulakan operasi Isnin ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya ada kes positif di sesebuah kawasan atau lokaliti terbabit, maka PKPD dilaksanakan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan ujian saringan terhadap pekerja serta kakitangan terlibat.

Menurutnya, KKM juga akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan setiap agensi dan kementerian terbabit.


“Selain itu, kita juga akan memperkasakan perkara ini dalam komuniti berkaitan termasuk pengurusan kilang atau premis tempat kerja, mereka diberikan tanggungjawab bersama untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Jadi mereka perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh KKM.

"Jika mereka ingkar, maka kita akan lihat apa tindakan yang boleh dikenakan sekiranya ada kes di lokaliti itu termasuk melakukan PKPD dan menutup kawasan itu serta menjalankan saringan,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, mereka yang positif akan diasingkan dan mengenakan kuarantin terhadap mereka yang mempunyai kontak rapat di lokaliti tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, keputusan kerajaan untuk memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi dengan membenarkan operasi semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati, susulan kejayaan semua pihak untuk membendung penularan jangkitan Covid-19 pada 14 April lalu.


Katanya, ketika ini negara sudah berada dalam fasa pemulihan berbanding tempoh pelaksanaan PKP sebelum ini.

"Beberapa minggu lalu, kita bimbang terhadap jangkitan ini kerana ada tempoh berlaku kenaikan yang tinggi dan disebabkan itu, kita meminta penangguhan (PKP) beberapa minggu.

"Tujuan utama kita adalah untuk melandaikan lekuk jangkitan itu dan kita telah berjaya melakukannya setelah mengambil langkah mengekang wabak Covid-19 sejak dari awal lagi," katanya.

Ditangkap Hina Isteri Nabi

KOTA BARRU - Seorang mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghina Ummul Mukminin dan juga isteri kepada Nabi Muhammad SAW, Siti Aisyah di laman sosial.


Menerusi Detik News, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan ketika berada di kampus swasta di Sulawesi Selatan (Sulsel).

Ketua Polis Daerah Barru, Pesuruhjaya Kanan Adjung Welly Abdillah mengesahkan kejadian dan siasatan masih diteruskan.


Welly berkata, hasil siasatan mendapati Bahrul menciap lirik lagu dinamakan Aisyah isteri Rasulullah di akaun Twitter bernama @bung_bahrulku.

"Suspek menyedari bahawa apa yang dia hantar itu salah dan dikecam netizen di laman sosial.

"Dia sedar kesalahannya, juga telah padam status tersebut serta memohon maaf," katanya.

Polis juga telah merampas bukti seperti telefon bimbit Bahrul untuk siasatan lanjut.

Kes ini akan disiasat atas kesalahan melakukan jenayah menyebarkan maklumat yang bertujuan untuk menimbulkan kebencian atau permusuhan terhadap individu dan atau kumpulan orang tertentu berdasarkan etnik, agama, bangsa dan antara kumpulan (SARA).

Asri Dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan Asri, 54, berkuat kuasa pada esok.

Beliau memaklumkan, Asri berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Hiroshima, Jepun serta telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun.

"Jawatan pertamanya dalam perkhidmatan awam adalah Penolong Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Jun 1994," katanya.

Asri juga berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan strategik termasuk pernah menjawat pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan.

Jawatan utama yang pernah disandang adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Penswastaan.

"Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat menerajui Kementerian Kewangan untuk meneruskan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara yang cekap, telus dan berkesan.

"Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Ahmad Badri atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 31 tahun," katanya.