Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson (gambar) kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital St Thomas di London, akibat COVID-19, menurut kenyataan Downing Street pada Isnin.
Beliau yang berusia 55 tahun itu dimasukkan ke hospital dengan gejala berterusan Ahad lalu, selepas 10 hari disahkan positif Covid-19.
"Sepanjang petang (Ahad), keadaan Perdana Menteri semakin teruk dan atas nasihat pasukan perubatan, beliau dipindahkan ke ICU," kata kenyataan itu.
Angka kematian akibat Covid-19 di Britain mencecah 5,373 sehingga petang Ahad, meningkat sebanyak 439 setiap hari, kata Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Kesihatan.
Sehingga pagi Isnin, jumlah positif Covid-19 di Britain mencecah 51,608 meningkat 3,802 dalam tempoh 24 jam, kata jabatan itu.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci