Ya Allah!, apakah yang dimaksudkan pengguna akaun media sosial itu?
Bagi aku, biar Allah yang jawab dan aku serta ramai lagi tunggu jawapan Allah.
Ketika
bahaya menerepa, sebelum itu tiada sesiapa yang sedar bahawa dia berada pada lingkup bahaya. Kecuali orang-orang yang sudah terkena musibah dari bahaya.
Usaha Menteri Kesihatan Malaysia dan barisan hadapan menangani #Covid-19 bukan kerana dia gila, tetapi lebih bersifat sebatang lilin membakar diri .
Manusia yang tertekan kerana Perintah Kawalan Pergerakan sepatutnya menggunakan medium media sosial untuk menyebar pekara bernas, agar orang lain mendapat ketenangan di sebalik ketakutan.
Boleh berpolitik dalam apa jua keadaan, asal sesuai dengan keadaan semasa, supaya adil sesuai dengan sifat kesian belas.
Ingat ye!,,,,
Antara yang nabi anjurkan ketika berlakunya wabak dan penyakit berjangkit ini ialah bersabar atas ujian Allah serta tidak keluar daripada tempat wabak penyakit.
Takkan PKP penyebab otak jadi rosak, maka jari dan lisan yang di kurnia Allah di gunakan untuk menampakan diri sendiri sudah terkena musibah.
Jika rasa kearah itu, bacalah,...
Dengan nama Allah SWT yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Wahai Allah, Apakah yang aku tulis ini keras dan menyakitkan hati hamba-Mu, jika benar, ampunilah aku.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci