IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan portfolio tujuh Exco kerajaan Perak yang baharu dilantik.
Menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Faizal Azumu, Pengerusi UMNO Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad akan memikul tanggungjawab sebagai Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Ketua Wanita UMNO Perak merangkap ADUN Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin pula memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.
Bagi portfolio Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah, ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya akan memikul tanggungjawab yang sebelum ini dipegang ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula mengekalkan portfolio yang dipegang sebelum ini ketika menjadi Exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran PH iaitu Pertanian, Infrastruktur, Tenaga dan Air.
Seorang lagi wakil Bersatu iaitu ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi diberikan portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan.
Bagi ADUN Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula, beliau akan memegang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil.
Seorang lagi wakil rakyat Pas, iaitu ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dipertanggungjawabkan sebagai Exco Agama Islam dan Penerangan
Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut mengumumkan portfolio yang dipegangnya iaitu Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Integrasi Nasional.
Beliau berkata, beberapa Exco kerajaan negeri yang dilantik akan turut memangku portfolio tiga lagi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang belum dilantik.
"Saya sendiri akan memangku portfolio Kesihatan manakala Mohd Akmad akan memangku portfolio Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
"Manakala Nolee Ashilin pula akan memangku portfolio Komunikasi dan Multimedia serta Shahrul Zaman pula akan memangku portfolio Belia dan Sukan.
"Pasukan yang dibentuk ini akan bekerja kuat untuk menggalas cabaran yang sedang kita hadapi. Tetapi pada masa sama, pasukan ini juga memerlukan kerjasama, sokongan dan doa seluruh rakyat negeri Perak yang dikasihi dalam mengharungi badai gelora ekonomi kesan daripada wabak Covid-19," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN] - Ahmad Faizal dilantik semula Menteri Besar Perak
Pada 31 Mac lalu, tujuh ADUN masing-masing terdiri daripada tiga wakil rakyat UMNO, dua daripada Bersatu dan dua daripada Pas mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta.
Pelantikan exco kerajaan negeri yang baharu itu dibuat selepas tumbangnya PH apabila Ahmad Faizal mengumumkan mengumumkan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak melibatkan gabungan tiga parti pada 9 Mac lalu.
Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak pada 10 Mac, Ahmad Faizal kemudiannya dipilih semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13 tiga hari selepas itu mengetuai kerajaan negeri.
INFO
-------
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional.
Datuk Saarani Mohamad - Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Razman Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil.
Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan.
Datuk Shahrul Zaman Yahya - Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.
Datuk Abdul Yunus Jamahri - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Infrastruktur, Tenaga dan Air.
Mohd Akmal Kamaruddin - Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan.
Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci