728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 1 April 2020

    Koronavirus: Kelompok jangkitan baru di asrama Westite di Toh Guan

    SATU kelompok jangkitan telah dikesan di asrama pekerja Westlite Toh Guan di mana empat kes baru disahkan pada Selasa (31 Mac).

    Ini tidak termasuk kes pertama yang dikenal pasti berpunca dari asrama itu pada Isnin (31 Mac).


    Lagi 47 orang disahkan dijangkiti Covid-19 pada Selasa (31 Mac) dan antara mereka ialah seorang kakitangan pembersihan di Hospital Besar Changi (CGH).

    Antara kes-kes baru, 31 merupakan jangkitan setempat. 13 berkaitan dengan kelompok jangkitan atau pesakit lain dan baki 18 belum dikenal pasti kaitannya.







    Mengulas mengenai kes kakitangan pembersihan di CGH yang dijangkiti Covid-19, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata beliau merupakan seorang lelaki warga India berusia 22 tahun yang tidak pergi ke luar negara baru-baru ini.

    Beliau mulai menunjukkan simptom pada 29 Mac dan disahkan positif pada tengah hari Isnin (30 Mac). Pada masa ini, beliau dirawat di wad pengasingan di CGH.

    Sebelum beliau dirawat di hospital, beliau telah datang ke kerja selama dua jam pada Isnin.

    https://www.beritaharian.sg/setempat/koronavirus-kelompok-jangkitan-baru-di-asrama-westite-di-toh-guan-kakitangan-pembersihan

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Koronavirus: Kelompok jangkitan baru di asrama Westite di Toh Guan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top