728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 4 April 2020

    Hari-hari kes meningkat dan mati patuhilah PKP

    Setiap hari ada peningkatan pesakit berkaitan jangkitan koronavirus dan hari ini aku terus terima berita duka.

    Apa yang aku boleh buat selain berusaha mematuhi PKP serta berdoa agar musibah ini cepat pergi, semuga Yang Esa perkenan doa hamba-Nya.

    Menurut apa yang dimaklum oleh ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ada empat hamba Allah telah meninggal dunia setakat 5 petang hari ini dan jumlah kematian keseluruhan akibat jangkitan koronavirus di Malaysia 57 orang.

    Bilangan kes baru pula sebanyak 150 kes, jadinya keseluruhan kes adalah 3,483. Daripada jumlah itu, seramai 99 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 50 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

    Manakala bilangan pesakit yang discaj 88 orang, ini menjadikan 915 pesakit telah sembuh dan discaj hospital.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hari-hari kes meningkat dan mati patuhilah PKP Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top