Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada 12,500 penerima di seluruh bahagian UMNO di Sabah.

“Seramai 500 penerima di setiap bahagian UMNO akan mendapat bantuan ini dan ia akan diagihkan secara berperingkat bermula hari ini. Barangan keperluan yang akan diagihkan antaranya ialah beras, roti, minyak masak termasuk penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman,” katanya ,di sini, hari ini.
Beliau berkata demikain kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada setiap bahagian UMNO dan jentera parti bahagian berkenaan untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan masing-masing.
Bung Moktar berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada semua rakyat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang parti atas dasar tanggungjawab sebagai organisasi untuk membantu rakyat dan misi kemanusiaan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, persekutuan dan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam menyalurkan bantuan tersebut.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci