728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 1 April 2020

    Belia diminta bantu ahli keluarga, jiran mendaftar untuk bantuan kerajaan

    MIRI: Generasi berpendidikan khasnya dari luar bandar perlu membantu ahli keluarga atau jiran mereka mendaftar secara dalam talian untuk memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan.


    Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, sebilangan besar penerima bantuan di pedalaman luar bandar adalah terdiri daripada golongan B40 dan M40 termasuk warga emas.

    “Ketika ini semua permohonan untuk mendapatkan bantuan kerajaan dibuat secara dalam talian, bagi warga emas atau mereka yang tiada pendidikan maka agar sukar mereka untuk memohon atau mengemas kini permohonan.






    “Sehubungan itu, saya meminta generasi muda yang celik teknologi dan berpendidikan membantu ahli keluarga, saudara mara atau jiran yang tidak berpendidikan mendaftarkan permohonan atau mengemas kini bantuan BSH atau Bantuan Prihatin Nasional,” kataya kepada Utusan Borneo kelmarin.

    Dennis turut menghargai inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan satu lagi bantuan baharu yang lebih fokus kepada kumpulan isi rumah berpendapatan RM4,000 hinggga RM8,000 atau M40.


    “Bagaimanapun saya bimbang bantuan ini tidak sampai kepada penerima kerana kebanyakan penduduk tinggal berselerak dan sukar diakses menyebabkan mereka yang sepatutnya layak menerima bantuan tercicir daripada sistem pangkalan data kerajaan.

    “Justeru saya berharap kerajaan mencari inisiatif lain untuk memastikan golongan B40 dan M40 yang layak menerima bantuan Prihatin Nasional ini tidak tercicir,” katanya.






    Dennis berkata, terdapat segelintir penduduk luar bandar yang layak menerima bantuan tetapi tercicir kerana tidak tahu saluran atau cara hendak memohon.

    “Ada penduduk sering berjumpa wakil rakyat untuk meminta bantuan persekolahan anak-anak atau untuk rawatan ke klinik.

    “Saya juga sentiasa menasihati mereka untuk berjumpa dengan pegawai kita di pejabat dearah terdekat untuk mendaftar bantuan agar keluarga mereka dapat dibantu kerajaan,” jelasnya.

    Menurut Dennis, sebahagian besar yang sangat memerlukan bantuan ialah mereka yang tidak berpendidikan dan warga emas yang menghadapi kesukaran memohon bantuan secara dalam talian.

    “Sebab itu saya memohon agar generasi yang celik teknologi serta berpendidikan ini membantu mendaftarkan kumpulan yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional,” jelasnya.

    Dennis juga tidak mahu golongan yang layak menerima bantuan tetapi tercicir seterusnya menyebabkan mereka beranggapan bahawa kerajaan tidak membantu mereka.

    “Jika boleh kerajaan turun padang dan tidak hanya bergantung kepada pendaftaran secara dalam talian kerana banyak kawasan luar bandar tiada jaringan komunikasi,” jelasnya.
    https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/01/belia-diminta-bantu-ahli-keluarga-jiran-mendaftar-untuk-bantuan-kerajaan


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Belia diminta bantu ahli keluarga, jiran mendaftar untuk bantuan kerajaan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top