Apa dah jadi dengar penyokong PKR sehingga sanggup tampar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang patut dihormati semua pihak. Inilah yang dikatakan manusia suka menggunakan undang-undang sendiri.
Diharap pihak polis bertindak segera bagi mematikan sikap samseng politik yang pastinya menjejaskan nama parti dan keselamatan pemimpin.
Ingatlah!, kita ada tiga undang-undang, undang-undang tuhan, undang-undang negara, undang-undang sendiri, undang-undang sendiri jika tidak kena gayanya akan menyusahkan orang ramai manakala individu terbabit akan dihukum menggunakan undang-undang negara berdaulat ini.
NAIB Presiden PKR Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman penyokong parti berkenaan dalam kejadian di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.
Penyokong parti berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kepada Tian Chua yang dilihat cenderung kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain menjerit ‘pengkhianat’ kepadanya ketika mahu meninggalkan pejabat berkenaan selepas mesyuarat.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.
Kebanyakan penyokong PKR dilihat berang dan menjerit perkataan ‘pengkhianat’ kepada kedua-dua individu berkenaan.
Bagaimanapun situasi selama 10 minit itu berjaya dikawal beberapa individu dari kumpulan otai reformis.
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/550014/tian-chua-ditampar-penyokong-pkr-metrotv
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci