Tidak perlu melalak dijalanan atau di warong kopi kerana tidak puas hati. Baca dah faham Perlembagaan Persekutuan.
Membantah kerana tidak setuju Muhyiddin Yassin di pilih ke jawatan perdana menteri sehingga melolong seperti kena rasuk di media sosial sekalipun ia tidak menjejaskan proses mengangkatkan sumpah jawatan.
Kena faham, Agong telah menggunakan kuasa di bawah Perkara 43 (2)A).
Jadi Agong tak perlu nak bilang kerusi Parlimen. Jadinya, penyokong tak perlu buat video melalak-melolong letak di media sosial.
Penyokong yang tidak boleh terima sepatutnya tidak meletakkan dirinya dalam golongan bodoh sombong. Kerana kerajaan telah membelanjakan peruntukkan berbilion ringgit untuk pendidikan supaya rakyat berilmu.
Memang benar ada blok politik mendakwa mereka ada sokongan 114 Ahli Parlimen. Itu tidak bermaksud mereka akan membantah dijalanan. Mereka boleh persembahkan pada Agong. Mereka juga gunakan tatacara yang betul, seperti bilangan hari dan sebagainya. Mereka dari blok politik itu juga akan guna Dewan Rakyat untuk menyampaikan bantahan.
Para penyokong kedua-dua belah blok parti politik sepatutnya perbanyakan doa kepada Allah bukanya perbanyak pertikaian.
Situasi politik negara ketika ini merupakan ujian kepada semua yang mengaku sebaik-baik ciptaan adalah manusia, apabila di uji hilang pula sifat kemanusian mengalahkan orang terkena musibah gila.
Dari sudut politik pula proses pujuk rayu tidak pernah berhenti kerana manusia tahu akan sifat hati mudah berubah arah.
Jadinya, tidak mustahil akan ada blok politik yang mendakwa perolehi lebih majoriti akan tinggal 80 atau 90 Ahli Parlimen sahaja kekal menyokong.
-Kaki Palu
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci