Blok politik Pakatan Harapan gagal lantik Perdana Menteri ke-8 walaupun mendakwa memperolehi SD 114 Ahli Parlimen.
Ini kerana Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan seperti kenyataan dikeluarkan Istana Negara pada jam 4.29 petang pada 29/2/2020.
Kelakuan Pakatan Harapan ibarat menghantar tender kontrak selepas tempoh tamat.
Oleh itu SD 114 atau SD baharu, secara logiknya tidak boleh memansuhkan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
Hari ini 1/3/2020 Muhyiddin Yassin sudah pun selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan sebentar tadi di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Ketika pintu peluang terbuka luas untuk tubuh kerajaan dan lantik Perdana Menteri dari kalangan, para Ahli Parlimen Pakatan Harapan sibuk ubah sokongan, sekejap kepada Anwar Ibrahim, sekejap kepada Dr. Mahathir.
Ketika Dr. Mahathir Perdana Menteri boleh sahaja beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong persembahkan nama Anwar Ibrahim, jika Tuanku berkenan Dr. Mahathir boleh letak jawatan.
Tetapi Dr. Mahathir memilih jalan serabut yang akhirnya memakan diri dan Pakatan Harapan.
Apa yang boleh dilakukan oleh Pakatan Harapan hanya buat undi tak percaya di Parlimen.
Seperti di ketahui umum, selepas Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan tidak boleh mengubah keputusan asal baginda.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci