PETALING JAYA, 2 Mac — “Silakan siasat. Berani kerana benar.”
Demikian kenyataan Cleopatra atau nama sebenar Nur Fathiah Syazwana Shahruddin selepas dituduh terlibat dengan rasuah membabitkannya dengan bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Cleopatra berkata demikian di laman sosial Instagram sekaligus menafikan terlibat dengan unsur rasuah atau salah guna kuasa sebelum ini.
Ahli perniagaan itu pada masa mempersilakan pihak berkaitan menyiasat perkara berkenaan dan berjanji akan bekerjasama dengan mengikut tatacara betul.
Sebelum ini, seorang individu tampil di media sosial mendakwa Cleopatra terlibat dengan rasuah bersama Syed Saddiq selain menyeru siasatan segera diadakan.
Setakat ini, tiada kertas siasatan dibuka bagi menyiasat tuduhan individu berkenaan.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci