728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 20 March 2020

    Hantar dadah menggunakan kargo bas

    BINTULU: Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuching menahan seorang lelaki berumur 27 tahun kerana memiliki dadah kira-kira 2 kilogram bernilai RM102,050 dalam tangkapan yang dilakukan di Terminal Bas Bintulu pada malam Selasa lalu.

    Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha, berkata, dalam serbuan sekitar jam 9 malam yang turut disertai Cawangan Penguatkuasaan Bintulu itu menahan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan selepas menuntut satu bungkusan di terminal bas berkenaan.

    "Pemeriksaan yang dijalankan mendapati bungkusan parcel terbabit mengandungi dadah jenis Methamphetamine, yang dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan," ujarnya.

    Mengenai modus operandi, Sharifah berkata dadah terbabit dihantar dengan menggunakan perkhidmatan kargo bas antara bandar - Miri ke Bintulu - sebelum dituntut oleh suspek untuk diedarkan.

    Kes ini katanya akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hantar dadah menggunakan kargo bas Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top