SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi jaminan kebajikan dan keselamatan 5,661 pelajarnya yang masih berada di dalam kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang sentiasa dijaga rapi.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, berkata pihaknya akan menjaga keselamatan mereka dan menjalankan pemeriksaan kesihatan termasuk pelajar antarabangsa.
“Saya harap ibu bapa tidak panik atau bimbang dengan keselamatan anak mereka berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hendrik berkata, pelajar terbabit sentiasa dikawal rapi pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Keselamatan Universiti yang mengawal pergerakan pintu masuk utama.
Katanya, pihak universiti juga sentiasa mengemas kini informasi terkini dikeluarkan kerajaan agar warga kampus khususnya pelajar tidak terlepas dan sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
“Segala keperluan pelajar di dalam kampus juga mencukupi termasuk pembukaan kafeteria bagi kemudahan makanan dibawa pulang atau penghantaran.
“Pemantauan juga mendapati semua pengusaha mematuhi arahan dengan hanya membenarkan makanan dibungkus sahaja dan tiada pelajar dibenarkan berkumpul atau makan di kafeteria,” katanya.
-Berita Harian

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci