728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 24 March 2020

    COVID-19: Satu lagi kematian, jumlah terkini kematian 15 kes - Dr Noor Hisham


    KUALA LUMPUR: Terdapat satu kematian baharu dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.


    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata kes kematian ke-15 itu melibatkan kes ke-1,519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka.

    "Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID-19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling).

    "Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar (Johor) mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pukul 5.35 pagi, 24 Mac 2020 (hari ini)," katanya menerusi laman Facebook rasmi beliau hari ini.

    Justeru, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa. - Bernama

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: COVID-19: Satu lagi kematian, jumlah terkini kematian 15 kes - Dr Noor Hisham Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top