Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh mendakwa tidak mahu berputus asa dengan perubahan politik negara selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Hari ini, beliau menyifatkan dirinya bangkit dengan semangat baharu.
“Semalam saya berputus asa. Hari ini saya bangun dengan resolusi untuk melawan rasuah, penipu dan pengkhianat! #Kami akan kembali,” tulisnya dalam status dimuat naik menerusi akaun Facebooknya hari ini.
Status tersebut mendapat 14,000 emoji, lebih 1,000 komen dan perkongsian daripada rakan Facebook serta pengikutnya.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci