Sunday, 22 March 2020

7-Eleven had waktu operasi jam 7 pagi 11 malam

Kedai serbaneka 24 jam, 7 Eleven memaklumkan operasi cawangannya di seluruh negara dihadkan dari jam 7 pagi hingga jam 11 malam, bermula hari ini hingga 31 Mac.

7 Eleven Malaysia menerusi Facebook  memaklumkan, tindakan mengehadkan tempoh operasi itu adalah bagi menyokong seruan kerajaan yang mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci