Menurut kemungkinan, Insha Allah seluruh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS akan ke Istana Negara hari ini
Khabar panas ini di percayai akan terjadi setelah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk membatalkan pelantikan Menteri-Menteri atas nasihat YAB Perdana Menteri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan YAB Perdana Menteri.
Sekiranya benar seperti diperkatakan, majoriti untuk tubuh kerajaan baharu mungkin sudah mencukupi.
Untuk makluman kepada rakyat Malaysia. Sekarang ini kerajaan sudah terbubar, kuasa kini berada di tangan Yang di-Pertuan Agong.
Lantikan Perdana Menteri akan dilantik selepas Yang di-Pertuan Agong menerima cadangan daripada gabungan yang mempunyai majoriti.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci