728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, 9 February 2020

    Sukar untuk Anwar jamah jawatan perdana menteri

    Walaupun Dr. Mahathir menegaskan akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim ia di jangka sukar berlaku.

    Berdasarkan kenyataan " tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat" seperti di laporkan Malaysiakini, Anwar di jangka sukar menjamah jawatan itu (jawatan perdana menteri).
     Pandangan awam, jika adakan undi angkat tangan atau sebaliknya Dr Mahathir akan terus mendapat tempat.

    Kenapa?,... PKR tidak akan mampu bertahan walaupun mempunyai kerusi terbanyak di dewan rakyat dengan bilangan Ahli Parlimen 47 anggota. Ini kerana, PAS sebulat suara menyokong Dr Mahathir, manakala UMNO BN mencerahkan harapan Dr. Mahathir menjawatan jawatan perdana menteri sehingga muktamadnya keputasan pilihan raya umum ke-15.

    Pemimpin DAP yang resah dengan keadaan di jangka berpecah tiga, menyokong, tidak menyokong dan berkecuali.

    Amanah yang dianggap parti proksi DAP tidak mampu menentukan kedudukan Anwar untuk jawatan perdana menteri, kerana dalam PKR sendiri sedang berpecah kepada dua team.

    Satu berpihak kepada Anwar dan satu lagi berpihak kepada Azmin Ali. Azmin Ali dilihat sebagai orang mesera Dr. Mahathir dan kerana itu menyukarkan untuk Anwar memperolehi sokongan 47 ahli parlimen PKR.

    Apa yang boleh di harapkan Anwar hanya satu hal sahaja, melalui penyerahan kuasa secara suka rela tanpa melalui undian di Dewan Rakyat. Kiranya penyerahan kuasa secara suka rela, dipercayai  akan berlaku huru hara dalam Pakatan Harapan.

    Pada masa ini, PKR adalah parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 47 anggota parlimen, dsusuli dengan DAP (42), Bersatu (26) dan Amanah (11). Sekutu PH iaitu Warisan memiliki sembilan anggota parlimen.







    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sukar untuk Anwar jamah jawatan perdana menteri Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top