728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 29 February 2020

    Polis buru pemilik akaun Facebook 'Sharifah Sofia Syed Rashid 3'

    KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, sedang mengesan pemilik akaun Facebook ‘Sharifah Sofia Syed Rashid 3’ yang dipercayai memuat naik kenyataan, berkaitan penyerahan jawatan Perdana Menteri Malaysia, kelmarin.

     Paparan (posting) yang dikeluarkan akaun Sharifah Sofia Syed Rashid 3 turut dikesan dikongsi oleh pemilik akaun Facebook atas nama Zali Zakri, Kunak Sabah Belacan dan Malek Hj Lahab.

     Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan kesemua suspek yang terbabit. "Bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, pihak polis menggesa orang ramai untuk tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang boleh menyebarkan kegentaran kepada orang awam.

     "Selain itu saya menasihatkan semua pihak untuk tidak membuat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, termasuk mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun membuat sebarang artikel yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Huzir berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

    "Pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan," katanya.

    -Berita Harian

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Polis buru pemilik akaun Facebook 'Sharifah Sofia Syed Rashid 3' Rating: 5 Reviewed By: Muhamad Zaki
    Scroll to Top