Nak Selamatkan Bangsa Negara atau Nak Selamatkan?
1-Tidak nampak berakhir dengan baik jika berpakat dengan Dr Mahathir bukanlah satu nujum.
2- Bukan pemimpin UMNO dan mana-mana pemimpin parti politik menentukan kerajaan negara ini kerana menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang adalah mengkhianati hak rakyat yang sepatuh berhak memilih pemerintah menerusi pilihan raya.
3-Jika itu caranya rakyat akan berkata, UMNO, PAS, PPBM hanya mahu mencari kepentingan atas nama kepentingan rakyat khasnya bangsa.
4- Tidak mampu laksana laungan ABATA DAP di persalahkan.
5-Mahu lari dari PKR UMNO di cari itulah soalan dan jawapan di hati rakyat.
6- Jika mahu berubah, ubah dahulu pemimpi, kerana pemimpinlah leburnya kerajaan sebelum PRU ke-14.
7- Sampai hari ini UMNO masih lagi dipimpin mereka yang tidak bersih ada kes di Mahkamah.
8- Usaha untuk tubuh kerajaan melalui pintu belakang sebenarnya bukanlah untuk ABATA, untuk menyelamatkan manusia-manusia rakus.
9- Berilah kepada pemimpin lain yang tidak bias dan berkepentingan bagi menyelamatkan diri untuk menentukan hala tuju perjuangan parti.
10- Tak usah guna nama demokrasi dan bangsa, kerana bangsa tak bodoh dan tak mahu diperbodoh oleh manusia rakus dalam politik.
11- Setiap ahli UMNO harus ingat, kekalahan BN/UMNO di PRU lepas bukan disebabkan kelemahannya, tetapi adalah kerana kelemahan pemimpin UMNO sendiri di dalam menangkis segala tomohan parti lawan terhadap isu-isu ciptaan mereka sendiri.
Akhir sekali, tidak mustahil malah akan bergema soalan, Nak selamatkan ABATA atau Nak selamatkan Najib, Zahid dan Mahathir?.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci