Pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu (PPBM) tahun 2018 yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dilaporkan berkata, PPBM akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu.
Beliau juga berkata, melalui pegangan jawatan Perdana Menteri yang diberikan kepada pemimpin parti itu dalam Pakatan Harapan (PH), perkara itu dapat dijamin.
Apakah kaitan ucapan Dr Mahathir dengan gosip panas cadangan supaya UMNO bergabung dengan PPBM?.
Ringkasnya, melalui pegangan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir tidak mampu melaksanakan kerana kerusi PPBM ibarat saham kecil dalam syarikat, siapa pemegang saham paling besar suaranya akan diberi keutamaan.
Oleh itu benarkah PPBM sebuah parti pelindung orang Melayu?. Jika tidak dapat jadi pelindung macam mana mahu jaga Melayu?.
Penafian hulur salam kepada UMNO itu biasa kerana retorik merupakan makanan orang politik.
Sekiranya tiada huluran salam tidak mungkin ada cadangan dari UMNO.
Kenapa mahu sangat dengan PPBM yang diketuai Dr Mahathir?. Sedangkan pemimpin UMNO melaungkan parti orang Melayu terbesar sedang diterima baik oleh masyarakat malah ada peluang luas untuk memerintah setelah bermaufakat dengan PAS.
Kiranya benar seperti dilaungkan, kenapa ada usaha ikut pintu belakang?. Apakah pemimpin UMNO ada agenda tersurat yang memihak kepada pribadi dengan menggunakan bangsa?.
Bagi team Dr Mahathir, mungkin mereka bersetuju dengan tujuan untuk memadam harapan bakal perdana menteri dari PKR.
Rasanya dalam UMNO akan ada kepanasan antara nombor satu dan nombor dua.
Nombor dua yang lebih diminati dikalangan ahli UMNO kelihatan lebih dewasa pemikiranya malah dianggap bijak orangnya.
Apakah gosip panas politik ini terjadi kerana PPBM tidak mampu jaga dan melindungi bangsa Melayu?. Atau pemimpin UMNO ada kepentingan peribadi dengan menggunakan alasan ABATA.
sama-sama lihat kesudahanya nanti....
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci