728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 18 February 2020

    Tidak Benar Ahli Parlimen Masjid Tanah Mahu Kembali Kepada Umno

    Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menyangkal kenyataan yang ditularkan individu tidak bertanggungjawab yang menyatakan kekesalannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), baru-baru ini.

    Menurut beliau, kenyataan yang ditularkan melalui Facebook dan aplikasi Whatsapp yang turut mengutuk pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

    Bagaimanapun katanya, tiada laporan polis dilaporkan setakat ini malah pihaknya telah mengesan individu dan kumpulan yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab terbabit.

    “Kami akan mempertimbangkan tindakan yang akan diambil selanjutnya, namun saya juga telah memaafkan tindakan mereka yang seolah tidak matang itu.

    “Apa pun saya harap tindakan seperti itu tidak berlaku kepada orang lain, jika ini tindakan mereka bagi menjatuhkan portfolio saya, pun tidak tahulah apa niat mereka sebenarnya.

    “Sebagai masyarakat kita seharusnya jadi masyarakat yang bertanggungjawab dan berilmu agar penyebaran berita palsu dan tidak benar ini tidak berlaku seperti apa yang saya hadapi.

    “Masyarakat perlu menilai dalam perkongsian berita di dalam komuniti dan perlu bijak mempertimbangkan sama ada ia benar atau pun palsu.

    “Terima kasih kepada sahabat dan rakan seperjuangan dalam membantu saya bagi menyatakan dan berkongsi kepada masyarakat bahawa ia adalah benar-benar palsu,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Hari Bertemu Rakyat Perdana Fasa 1 diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini semalam.

    Hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari serta barisan Exco kerajaan negeri.

    Menerusi kenyataan tular tersebut menyatakan beliau seolah-olah kecewa dengan pimpinan parti itu dan meluahkan rasa kekesalannya terhadap parti yang disertainya.

    Malah, kenyataan terbabit turut mengatakan beliau sedar akan pimpinan Tun Mahathir yang merupakan kaki penipu dengan meletakkan hasratnya akan menyertai UMNO secepat mungkin.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tidak Benar Ahli Parlimen Masjid Tanah Mahu Kembali Kepada Umno Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top