Lim Guan Eng nampaknya cuba meletakkan diri beliau sebagai pelakon memegan watak sebagai manusia suci dan cuba jadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai tempat melahirkan para pengarah bertaraf berbintag-bintang.
Nak muntah pun ada apabila beliau menyebut contoh walaupun pemimpin PAS menghina DAP, beliau meluluskan dana apabila kerajaan Kelantan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan sebanyak dua kali.
Mungkin Lim Guan Eng telah meletakkan ingatan rakyat dibawah telapak kaki yang mana zaman Barisan Nasional yang dituduh zalim, perompak, penyamun dan sebagainya tidak membantu Kelantan dan Pulau Pinang.
Lim Guan Eng tidak perlu tunjuk baik kerana hasil dari Kelantan secara jujurnya juga ke persekutuan.
Dah PH kerajaan dan beliau menteri kewayangan sudah tentu menjadi tanggung jawap kerajaan untuk membantu mana-mana negeri di Malaysia.
Sekiranya persekutuan tidak ingin membantu Kelantan, kerajaan yang di tadbir para pemimpin PH harus bersetuju untuk tidak mengambil sebarang cukai dari negeri itu.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci