Pilihan Raya Kecil (PRK)Tanjung Piai, Johor di tunggu-tunggu penyokong parti politik sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.
Dengan majoriti 524 undi berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14, kerusi itu menjadi rebutan antara UMNO dan MCA.
Bagi penulis, kiranya majoriti kemenangan PH dengan angka 5,000 atau lebih, kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan mudah calon dari MCA dapat bertanding di kerusi itu.
Andainya MCA bertanding dan menang, kerusi Tanjung Piai masih boleh dipertahankan sebagai kerusi tradisi mereka pada PRU15 nanti. Sekiranya kalah, MCA akan ditolak ketepi dan calon dari UMNO di utamakan, manakala calon dari PAS lebih berpeluang dari MCA.
Berdasarkan majoriti pengundi mengikut pecahan kaum di Tanjung Piai calon dari UMNO lebih layak dari MCA.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci