Monday, 7 October 2019

Bersyukurlah walaupun serendah 4 sen


Program subsidi diumumkan kerajaan berdasarkan mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah tidak begitu adil kerana ramai rakyat berpendapatan setaraf penerima BSH tercicir.

Sungguhpun kelihatan bersasar ia kelihatan banyak kelemahan.

PENERIMA Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) seperti diumumkan kerajaan hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, manakala kategori motosikal yang layak ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun dan ke atas.

Katanya, kadar subsidi ialah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal membabitkan seramai 2.86 juta penerima.

“Program subsidi petrol bersasar ini akan dilaksanakan pada Januari 2020 dan harga petrol RON95 akan diapungkan dan harga akan diselaraskan secara beransur-ansur.

“Program subsidi petrol ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun

penerima setiap empat bulan sekali

“Ini membabitkan tanggungan subsidi sebanyak RM65.4 juta sebulan,” katanya pada sidang media khas di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Saifuddin berkata, untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol RON95 kekal RM2.08, sekali gus tidak layak menerima PSP.

Katanya, prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama dan penggubalan dasar berpandukan data yang diperoleh daripada data asas BSH dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Rakyat Malaysia patut bersyukur diatas usaha kerajaan keadaan negara lebih baik dari sebelunya.

Dividen 1.25 dan 2 peratus seperti diketahui umum menunjukan kerajaan sedang berusaha memperolehi lebih banyak kebaikan diatas penderitaan rakyat.

Pemimpin guna kenderaan minyak dibayar rakyat, balasanya hanya RM1 dan 4 sen sehari.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci