Wednesday, 25 September 2019

Isu kaum, agama 'senjata' pembangkang di Tg Piai - Salahuddin

Isu agama dan perkauman bakal menjadi 'senjata' pembangkang PAS dan Umno pada pilihan raya kecil Tanjung Piai akan datang, kata Pengarah Pilihanraya PH Johor Salahuddin Ayub.
Beliau yang juga naib presiden Amanah dipetik Sinar Harian berkata isu nasional akan menguasai kempen PRK Tanjung Piai berbanding isu tempatan.
Pengundi Melayu Islam di kawasan parlimen itu berjumlah 57 peratus.
Salahuddin yang juga menteri kabinet menjelaskan PRK kali ini akan menguji sejauh mana kerjasama Umno dan PAS dapat menyakinkan pengundi Melayu.
"Bagi MCA pula saya yakin mereka juga mahu membuat ujian sejauh mana parti itu ada peranan kerana mendakwa pengundi Cina sudah kembali kepada Barisan Nasional ( BN).
"Pilihan raya ini juga menjadi satu 'test ground' bagi MCA kerana kawasan ini (Tanjung Piai) mempunyai 41.6 peratus pengundi Cina," katanya pada sidang akhbar di DUN Pulai Sebatang di Pontian.
Beliau juga menyatakan keyakinan pengundi parlimen itu akan membuat pilihan bijak berdasarkan rekod perkhidmatan anggota parlimen penyandangnya Allahyarham Dr Farid Md Rafik meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Tanjung Piai secara tradisinya ditandingi MCA.
Pada PRU14, Farid menumbangkan penyandang selama dua penggal di kerusi berkenaan, iaitu Wee Jeck Seng daripada MCA dengan majoriti tipis 524 undi manakala calon PAS Nordin Othman pula mendapat 2,962 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 1 Oktober depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor.

Wednesday, 18 September 2019

Polis perlu siasat forum Naratif Malaysia Baru

Komposisi orang Melayu Islam dianggarkan sekitar 69 peratus daripada 33 juta penduduk di Malaysia.

Jumlah yang besar ini harus disatukan terlebih dahulu dengan acuan Islam sebelum mengorak langkah membina peradaban baru di negara ini.

Dari segi politik pilihan raya, jumlah pengundi Melayu yang mengundi PAS dan Umno dalam PRU14 lalu adalah sekitar 70 peratus.

Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

PAS optimis penyatuan Melayu dengan acuan Islam mampu menstabilkan politik dan melonjakkan negara ke arah mercu yang lebih gemilang.

Kekuatan politik Melayu juga akan menjadi benteng ampuh untuk mempertahankan tiang seri negara seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan, seperti Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewaan orang Melayu dan bumiputera.

PAS juga ingin menegaskan bahawa penyatuan Melayu dengan acuan Islam tidak sesekali mengabaikan kaum lain untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka dan menafikan hak ekonomi mereka.

Perkara ini jelas dijamin dalam peruntukan perlembagaan dan tidak berubah.

Penyatuan Melayu sebagai kaum majoriti mesti diposisikan dengan baik. Hal ini bukan hanya untuk kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan negara.

PAS mahu mengingatkan DAP dan PH supaya tidak mempamerkan dakyah ‘bogeyman’ dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai klepto-teokrasi, talibanisme, rasisme dan ekstremisme.

Walhal, pada masa sama DAP begitu rancak mempromosi The Kingdom of God dan The Jesus Manifesto seperti yang diungkapkan oleh Steven Sim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam - DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan di Kota Damansara, 14 Sept lalu.

Apa yang diperjuangkan oleh PAS dan Umno adalah penyatuan ummah yang lebih inklusif dengan mengutamakan perpaduan orang Melayu dan Islam tanpa prejudis terhadap kaum lain.

Ia selaras dengan tuntutan Islam, perlembagaan dan konteks sejarah dan kepentingan semasa.

Bagaimana pula dengan DAP? Adakah agenda Kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar?

PAS menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN ialah anggota parlimen Kubang Kerian dan timbalan presiden PAS.

Adinda Sultan Kelantan buat laporan polis difitnah


KOTA BHARU: Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Puteri membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwa memfitnah beliau di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Laporan dibuat menerusi sepupunya, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu jam 11.30 pagi hari ini,

Laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook bernama Shaiful Afzan yang memberi komen di Facebook mendakwa Tengku Amalin hanya anak angkat kepada Sultan Ismail Petra.


Peguam Majdah Muhamad yang mewakili Tengku Amalin berkata, Tengku Ramizan terbaca komen di Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) Version 2 yang diberikan rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Menerusi Facebook berkenaan, katanya, seorang individu menggunakan nama Mekliss Nor Liss didakwa bertanya sama ada Tengku Amalin adalah anak angkat.

“Seorang pengguna Facebook menerusi akaun bernama Shaiful Afzan dilapor memberi komen mendakwa Tengku Amalin adalah anak angkat.

“Komen berkenaan kemudian tersebar di Facebook IRDK yang memiliki ramai pengikut dan ini adalah fitnah terbesar kepada Tengku Amalin.

“Sehubungan itu, Tengku Ramizan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Bharu di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.

DAP terus dendang lagu 'rasis' bodohkan rakyat

MACAM dah tak ada modal, sebelum ini mereka meratib PAS Umno nak bersama dalam kasus UG, khasnya sejak tahun 2015, sebelum pun mereka jadi kerajaan lagi hingga pemilihan PAS pun mereka ganggu.

Nah sekarang PAS telahpun sah bersama dengan Umno malah memeterai Piagam Muafakat Nasional (PMN) untuk semua kaum, bukan untuk hanya Melayu sahaja, kerana prinsip asas penyatuan ini adalah Islam yang adil kepada semua.

Kalau pihak PAN ada Rahmatan Lil Alamin yang sering rahmatnya hanya untuk membela DAP. Berbeza dengan PAS ada Islam Memimpin Perpaduan, tidak mengetepikan langsung kaum lain, malah PAS menjamin kelangsungan kaum lain dengan keadilan Islam. Lihat sahaja contoh di Kelantan, patung Buddha terbesar berada di Tumpat, tiada pun diganggu jauh sama sekali dirosakkan.

Non Muslim di sana hidup dalam keharmonian yang jitu, walau apa sahaja provokasi berlaku di luar Kelantan, namun rakyat di sana sudah biasa dengan keharmonian Serambi Makkah, jauh sama sekali mereka mahu merungut rasa tidak selamat berada di negeri yang ditadbir PAS.

Adapun doktrin jahat DAP yang kerap mengusik Kontrak Sosial dan Perlembagaan Negara memberi gambaran bahawa mereka benar-benar mahu menjayakan Malaysian Malaysia dalam erti kata lain, projek 'men - Singapura' kan Malaysia.

Disebabkan itulah mereka cukup bimbang akan penyatuan Umno-PAS dan Piagam Muafakat Nasional ini.

Lantas mereka melalui orang suruhan menjayakan misi menyerang PAS khasnya bertubi-tubi, malah memfitnah PAS bersama perompak.

Ingatkah kita semua siapa yang menggelar Umno sebagai perompak? Bukankah mereka yang berada dalam PAN, DAP, PKR dan Bersatu yang acap kali sebenarnya sejak dahulu menyerang dan menggelar Umno sebagai perompak.

Malah dalam dakwaan isu RM90 juta, ternyata hari ini dakwaan itu lenyap kerana SPRM telah menyatakan sebaliknya.

Maka hari ini setelah gagal membuktikan dakwaan jahat itu, mereka mengalih pula persepsi rakyat agar melihat PAS-Umno ini rasis.

Kenapa? Mereka kini mula mahu menutup "bangkai gajah" yang mereka simpan sendiri.

Kelemahan ketara sejak mereka menerajui negara adalah gagal mengotakan janji pilihan raya, gagal mengembalikan kestabilan ekonomi dan politik, malah mereka gagal menyakinkan pelabur untuk berurusan di negara ini.

Lebih mengecewakan, mereka berbalah sesama sendiri termasuk tidak malu memaparkan adegan hanyir angkara mahu merebut kuasa.

Perang kem Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad tidak berkesudahan, malah kini memuncak, sedangkan rakyat tidak mahu melihat semua ini. Janji "Malaysia Bersih" dalam slogan mereka hanya janji palsu, mereka juga kini dikaitkan dengan projek kronisme, rasuah dan sebagainya. Hanya yang bergembira adalah DAP kerana berjaya melaga-lagakan parti Melayu dalam PH dan menjadikan PAN sebagai "ayam tambatan" bagi menyerang dan menangkis musuh.

Kenapa DAP memperkuda PAN?

Kita susuri sedikit sejarah DAP menentang agenda Melayu.

DAP adalah parti serpihan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP) yang ditubuhkan pada 1954 di mana pelopor awal PAP, Lee Kuan Yew bertindak sebagai Setiausaha agung parti itu. Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran PAP di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.

Diketuai Ahli Parlimennya, Devan Nair - yang ditinggalkan oleh PAP - cuba menghidupkan PAP yang baharu dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia, namun pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama sama itu akan mengelirukan orang ramai.

Kemudian Devan Nair menggunakan nama baharu, ‘Parti Tindakan Demokratik’ atau DAP.

Pada 3 Mac 1966, surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Pendaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac (1966) pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.

DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh setiausaha politik Devan Nair, Lim Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor. Perikatan dianggotai Umno, MCA dan MIC pula hilang majoriti dua pertiga. DAP dan Gerakan menjadi ‘besar kepala’.

DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Itu hanya baru 12 tahun selepas kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar ‘jus soli’ sebagai salah satu syarat utama British untuk kemerdekaan.

Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (mageran) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

Pucuk pimpinan DAP sering mencanangkan parti itu sebagai harapan baharu untuk semua kaum dan bangsa.

Namun tindak tanduk parti itu sehingga sekarang tidak menampakkan kemurnian berkenaan.

Lihat sahaja selepas mereka menjadi kerajaan dan "meng-abang long" kan parti mereka sebagai parti pengemudi kerajaan PH.

Mereka tidak takut sudah untuk mengganyang Melayu sama ada isu berkaitan agama mahupun isu hak Melayu, dan tidak kurang menyentuh institusi beraja.

Selepas HPU914, mereka semakin merasai bahawa PH hanya akan jadi kerajaan sepenggal, disebabkan itu penyatuan Umno-PAS mula di "doktrin" kan sebagai ekstremis.

Label ini semata-mata mahu diletakkan kepada PAS-Umno agar non Malay akan terus menjauhi PAS-Umno.

Usaha mereka ini tidak akan berhenti, lihat sahaja bagaimana media mereka memainkan peranan memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di himpunan sambutan 16 September di Sarawak.

Malaysiakini menggunakan tajuk "Jangan biarkan Cina Kuasai Sarawak" dengan tujuan mahu membangkitkan rasa marah kaum Cina kepada PAS, walhal secara terang Tok Guru menyebut Cina DAP.

Nak dikatakan mereka tak faham, kita semua tahu mereka sebenarnya amat faham, namun strategis mereka mahukan agar tajuk yang dibuat memberi gambaran awal dan membangkit rasa amarah..

Inilah kerja mereka sebenarnya sejak sekian lama, melaga-lagakan agar keharmonian dapat diinjak.

DAP akan terus gunakan isu perkauman dan rasis untuk menyentap sokongan rakyat kepada penyatuan PAS-Umno, tatkala mereka gagal meyakinkan rakyat akan prestasi mereka mentadbir negara.

Mereka habis modal, apa sahaja yang lalu di hadapan mereka putar semahunya agar sokongan rakyat terarah kepada mereka. -

Monday, 16 September 2019

Ego Pas, ego Umno akan hancurkan Penyatuan Ummah

Penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO di ingatkan jangan lupa falsafah perjuangan dalam konteks kebersamaan supaya sejajar dengan piagam yang di meterai bersama.

Kedua-kedua parti itu mempunyai rekod bermusuhan sepanjang zaman yang tidak dilupai rakyat.

Tidak hairan kesangsian usia kebertahanan sering mendapat perhatian orang ramai.

 Setiap kritikan yang di buat terhadap kedua-dua parti yang membentuk penyatuan ummah oleh Pakatan Harapan (PH) di anggap untuk menutupi ketakutan.

Penyatuan Ummah diharap seperti matahari yang taat memberi sinar kepada bumi.

Saat ketakutan bagi seluruh kepimpinan kedua-dua parti akan menjelma iaitu pembahagian kerusi pada musim tibanya pilihan raya.

UMNO dengan lagak "abang long", PAS dengan lagak lebai "maksum" pasti saling cakar mencakar kerana ego tidak mengenali batu atau kayu.

Sifat ego kedua-dua parti yang umumnya tahu itulah menjadi kritikan hebat PH nanti, ketika itu yang salah menjadi benar.

Harapan untuk ke Putra Jaya masih jauh, apa lagi dengan sikap malas pimpinan UMNO di kebanyak negeri terutamanya Selangor.




Friday, 13 September 2019

Penyatuan Ummah Bermula


KUALA LUMPUR: Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang menandakan bermulanya kerjasama dan permuafakatan secara rasmi antara UMNO dengan PAS, bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan pelbagai program digerakkan sayap dua parti berkenaan.

Kemuncak kepada penganjuran HPU selama dua hari bakal menyaksikan piagam kerjasama dua parti itu dimeterai dan diisytiharkan, esok, sebaik saja kedua-dua presiden parti selesai menyampaikan ucapan.

Dokumen itu bakal memperincikan jawatankuasa berkaitan yang akan melaksana dan merealisasikan kerjasama pada peringkat pusat, negeri hingga peringkat akar umbi.

Buat julung kalinya juga, bendera PAS dikibarkan di PWTC yang menjadi lokasi tetap penganjuran Perhimpunan Agung UMNO saban tahun.

Program hari ini bermula dengan zikir munajat, solat dhuha dan hajat digerakkan Wanita UMNO serta Dewan Muslimat PAS seawal jam 7.30 pagi tadi, sebelum diteruskan dengan program Tadabbur Surah As-Saff oleh pergerakan itu.

Sayap bongsu kedua-dua parti, Puteri UMNO dan Ameerah PAS pula menganjurkan Pentas Anak Muda, manakala Pemuda UMNO serta Dewan Pemuda PAS bekerjasama menganjurkan program Townhall Anak Muda.

Turut diadakan hari ini, Wacana Intelektual Ummah yang digerakkan oleh bahagian penerangan UMNO dan PAS.

Pada sebelah malam pula, diadakan ceramah perdana oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan rakan sejawat daripada PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Piagam berkenaan adalah satu dokumen terperinci menggariskan prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi kerjasama dirangka menerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal yang masing-masing dianggotai 11 dan lima pemimpin bagi setiap parti.

-Berita Harian

UMNO PAS patut ajak parti lain sertai penyatuan ummah

UMNO PAS patut seru Amanah, Bersatu, PKR, Putra menyertai penyatuan ummah supaya mereka tidak terus tersesat dan dipenggaruhi ajaran DAP, kata seorang rakan Kaki Palu.

Kata seorang lagi rakan Kaki Palu , Dangkal sungguh totot UMNO ni, sikit-sikit DAP🌶🌶🌶 pedas beb! Kalau kena bedal cam tu kan.

Kaki Palu bersetuju jika UMNO PAS menyeru parti lain menyertai gagasan Penyatuan Ummah, tetapi tidak setuju jika dikaitan DAP sebagai penyesat pihak parti politik lain.

Menurut pengetahuan Kaki Palu, belum ada mana-mana pemimpin UMNO PAS menyeru parti politik kerajaan dan Putra secara terangan supaya bersama berada pada landasan yang dirancang.

Pembangkang pun ada wayang PH untuk ditayangkan

Saban detik isu politik bertebaran dan begitulah jari pengguna laman sesawan tidak kira individu itu seorang pemimpin atau rakyat biasa.

Tergelak dengan kenyataan Tun Dr Mahathir berkaitan kafir mengkafir PAS UMNO zaman beliau di gelar maha firaun tercetus idea untuk menulis.

Sebelum Tun Dr Mahathir menyarankan PAS tarik balik tuduhan kafir terhadap UMNO, ramai tertanya-tanya apakah beliau terlupa siapa yang menjaja gelaran kaki liwat kepada suami Datuk seri Wan Azizah.

Sekiranya Tun Dr Mahathir ada berkata yang suami Wan Azizah kaki liwat beliau patut memohon maaf terlebih dahulu.






Sebahagian rakyat berpendapat, Tun Dr Mahathir patut cuci diri sendiri daripada menyuruh pihak musuh politik melakukan penyucian dan barulah tidak dikatakan seperti ketam ajar anak berjalan dengan betul.

Dengan usia yang dikurniakan padanya, beliau tidak sepatutnya jadikan dirinya tempat ketawa rakyat.

Berkaitan Penyatuan Ummah UMNO PAS sama ada bertahan lama atau tidak itu ditentukan sang pencipta alam ini, kerana segala perancangan makhluk pasti ada cacat cela.

Mengambil pekara yang lebih utama dan memberi manfaat kepada rakyat adalah lebih utama daripada Tun Dr Mahathir melayan isu politik UMNO PAS.

Dari sudut pandang rakyat kebanyakkan, UMNO dilihat bergantung harap pada PAS untuk menterbalikan bahtera PH pada PRU ke-15. Setakat ini tiada penafian jelas dibuat pemimpin UMNO.

Dari sudut lain, PAS yang digelar parti pantai timur oleh sebahagian rakyat tetap berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu walaupun tanpa UMNO BN pada pilihan raya umum akan datang.

Tun Dr Mahathir harus persiapkan Bersatu supaya tidak tersingkir memandangkan kerusi kemenangan pada pilihan raya lalu masih tidak kukuh.

Isu kes rogol dan semburit ahli politik dari kerajaan juga menjadi duri dan racun kepada Pakatan Harapan dan pasti menjadi senjata utama musuh.

Apa yang Tun Dr Mahathir sibukan diri dengan UMNO PAS tidak mengubah atau tidak memberi nilai tambah kepada PH.

Isu-isu melonggarkan sokongan kepada PH mesti ditangani dengan baik, kerana rakyat muak dengan segala janji di buat namun tidak ditunaikan.

Tun Dr Mahathir juga seluruh pimpinan PH patut cari cara lebih baik daripada terus menerus menyalahkan BN, kerana kegagalan dan kejayaan mentadbir sesebuah negara terletak pada kebijakan pemimpin.

Pemimpin tidak bijak atau bodoh berlagak cerdik sahaja merasakan kebodohan jalan penyelesaian kepada masalah dihadapi.

Boleh ketawa pada piagam Penyatuan Ummah, sepekara perlu diketahui umum bahawa bermacam-macam piagam diluluskan PBB, tetapi perang tetap berlaku.

Rakyat sedia maklum, betapa bergoyang PH dengan adanya penyatuan UMNO PAS.

Sekiranya tidak bergoyang kenapa ada yang mengatakan perpecahan kaum mungkin berlaku kiranya Penyatuan Ummah antara dua parti Melayu terbesar ini diteruskan.

Untuk maklumat umum, peratusan besar orang Melayu sudah lama menanti tibanya berita besar (Penyatuan Umnah). Dan Tun Dr Mahathir di yakani sudah maklum dari pelbagai sumber risikan.

Secara adilnya, isu kafir mengkafir tidak patut ditayang kembali, kerana Tun Dr Mahathir sendiri juga ada wayang yang boleh ditayangkan oleh musuh politik.

Dikala rakyat hidup tertekan dengan kos sara hidup semakin meningkat, tak usahlah para pemimpin dari kerajaan berpolitik, perbaikilah lohong-lohong yang semakin meluas.

Thursday, 12 September 2019

Kerana cemburu isteri kelar kemaluan



IPOH 12 Sept. - Cemburu dipercayai menjadi punca seorang wanita warga Sri Lanka bertindak nekad menikam dan mengelar suaminya pada bahagian kemaluan dan leher dalam kejadian di Meru, Jelapang di sini hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun itu cedera parah setelah ditikam dan dikelar dengan pisau oleh isterinya dalam bilik di sebuah rumah kedai yang disewa pasangan itu pada pukul 12.36 tengah malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, mangsa yang juga warga Sri Lanka itu dijumpai orang awam dalam keadaan berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan.

https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/cemburu-punca-isteri-kelar-kemaluan-suami-leher-1.969397

Penyatuan Ummah PH Gelabah Beruk

Pada awal UMNO PAS berbincang untuk kerjasama politik sebelum lahirnya Penyatuan Ummah ramai pihak terutamanya dikalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mempamer senyum kambing mereka.

Tak kurang juga ada mengeluarkan kenyataan usaha UMNO PAS hanya hangat-hangat tahi ayam dan sebagainya.






Mungkin pimpinan PH melihat rekod lama PAS yang mana seketika dahulu pernah meleburkan perjuangan untuk mendirikan negara Islam setelah berpeluk cium dengan DAP.

Peluk cium PAS terhadap DAP akhirnya berkubur tanpa nisan.

Bukan itu sahaja rekod PAS yang boleh di ingati rakyat malah rekod Barisan Nasional dengan PAS juga tidak seindah mana walaupun UMNO sabagi abang long melaungkan Agama, Bangsa, Negara.

Sekiranya dinilai kecermelangan dengan cara negatif, semua parti politik bertanding semuanya tidak bernas jasanya.

Oleh kerana rakyat negara ini diasuh mengutamakan pekara positif, hal positiflah yang dicatat dalam kepala mereka, yang buruk-buruk hilang bagaikan debu diterbangkan angin.

PH kini gelabah beruk Penyatuan Ummah di usaha UMNO PAS bukan diambang kegagalan.

Walaupun ada pihak nujum PH bina persepsi buruk kononya penyatuan dua parti terbesar orang Melayu itu tidak bertahan lama itu  hanya pekara biasa, kerana susuatu yang baru tiada satu pun kekal.