728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 28 August 2019

    Tipu RM200,000 Pelakon Ditangkap

    KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Penerbit A Aida berterima kasih kepada polis kerana menahan pelakon yang didakwanya menipu wang pelaburan miliknya berjumlah RM200,000.


    Berharap individu yang tidak dinamakan mendapat “hukuman setimpal”, Aida, 49, berkata beliau tidak menyangka pelakon tersebut sanggup menipunya.

    “Tapi tak mengapa, negara kita ada undang-undang,” kata bekas isteri penyanyi kumpulan Spring iaitu Ameng, seperti dilapor Harian Metro.

    “Saya difahamkan wang pelaburan itu pun sudah habis. Jadi, saya anggap bukan rezeki saya.”


    Semalam, polis menahan seorang pelakon selepas lelaki itu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sekitar jam 12 tengah hari.

    Aida pada 26 Jun lalu membuat aduan berhubung kehilangan wang pelaburan berjumlah ratusan ribuan ribu ringgit.

    Artikel Berkaitan

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tipu RM200,000 Pelakon Ditangkap Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top